Jangan kamu membunuh anak kerana takut miskin
Jangan kita membunuh anak kita kerana takutkan kemiskinan, yang mana bertepatan dengan keadaan ummah dewasa ini di zaman kita ini.
Jangan kita persiakan anak yang diamanahkan kepada kita kerana takutkan kemiskinan. Uztaz memulakan kupasan beliau dengan hadis Nabi ini,
Hadis Abdullah bin Mas’ud radhiallahu’anhu katanya: Aku bertanya Rasulullah Sallallahu’alaihi wassalam: Apakah dosa yang paling besar di sisi Allah? Rasulullah Sallallahu’alaihi wassalam bersabda: Engkau menjadikan iaitu menganggap ada yang sebanding dengan Allah sedangkan Dialah yang menciptakanmu. Aku berkata: Sesungguhnya dosa demikian memang besar. Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Kemudian engkau membunuh anakmu kerana bimbang dia makan bersamamu iaitu makananmu (bunuh anak kerana takut miskin). Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Rasulullah s.a.w bersabda: Jika engkau berzina dengan isteri jiranmu.
Maka itu sudah jelas bahawa anak itu adalah amanah Allah untuk kita jaga. Kita mesti yakin dengan janji Allah Subhanawataala dengan firmannya pada surah Al-Isra’: Ayat 31,“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepada kamu.”
Jadi Ustaz menerangkan janganlah kita takut beranak ramai kerana rezeki adalah di tangan Allah Subhanawataala. Rezeki akan diberikan kepada setiap anak melalui perantaraan ibubapa mereka. Uztaz menerangkan bahawa dewasa ini kenapa kerap kita dengar mengenai anak dibuang, anak dibunuh, anak ditinggalkan? Ini adalah kerana Iman umat Islam kini di tahap yang cukup rendah sehingga ada yang sampai tiada Iman langsung, nauzubillah. Gejala ini harus kita bendung hanya dengan perantaraan Iman di dalam diri kita. Ini adalah sangat penting khususnya bagi orang orang Islam untuk menentukan bahawa ia kuat imannya dan memahami ajaran Islam yang telah dibawa dan telah disebarkan oleh Rasulullah menerusi menerusi Al-Quran dan sunnah Rasullullah. Kita mesti faham dan menghayati dan mengamalkan segala ajaran tersebut dengan keikhlasan hati agar segala amalan kita dan perbuatan kita mendapat keredhaan Allah.
Kita perlu menilai kedudukan atau status keagamaan kita setiap hari. Janganlah kita menunggu satu perkara atau musibah berlaku barulah kita sedar betapa pentingnya pegangan kita kepada agama Allah.Walau demikian jika ini yang boleh mengingatkan kita, maka itulah yang sebaiknya. Kadangkala kita leka akibat kemewahan dan kekayaan kita. Perlu diingat bahawa ini semua adalah sementara dan tidak akan kekal dan apabila kita mati, harta dan pangkat kita tidak akan kita bawa ke akhirat kelak. Hanyalah amalan kita, ilmu yang kita menafaatkan, sedekah jariah dan anak anak yang soleh yang boleh menolong kita di alam barzakh kelak.
Kita perlu menilai pekerjaan kita yang memberi kita rezeki untuk menampung keperluan keluarga, keperluan diri dan lain lain. Kita perlu tentukan bahawa sumber sumber rezeki adalah halal. Apa yang penting dalam pekerjaan kita untuk mendapatkan rezeki ialah pekerjaan itu adalah mendapat keredhaan Allah Subhanawataala iaitu kerja yang menafaat dan bukan kerja yang bersubahat dengan kemungkaran. Jauhkan riba, rasuah, perjudian dan lain-lain hasil haram. Makan dan memberi makan keluarga dengan hasil atau rezeki yang haram akan menumbuhkan tubuh, darah dan daging yang akan menjadi bahan bakar api neraka.
Tentang rezeki yang diberikah oleh Allah, kita mestilah ingat bahawa hanya sebahagian daripadanya adalah untuk kita menampung kehidupan kita dan keluarga dari segi makanan, pakaian dan tempat berteduh, dan sebahagiannya kita perlu simpan untuk masa hadapan, untuk perlindungan kita serta keluarga. Sebahagian yang lain untuk keperluan modal bagi perusahaan pertanian atau perindustrian manakala sebahagian yang lain lagi untuk menanggung dan menolong orang orang yang dhaif, fakir miskin, anak anak yatim, orang orang sakit, orang orang yang memerlukan bantuan akibat menanggung hutang. Kita juga perlu membantu mereka yang berjuang untuk menegakkan agama Islam, iaitu untuk berjihad “fiisabilillah”. Melaksanakan tanggungjawab untuk berzakat dan bersedekah adalah sangat penting dalam islam. Kita mesti agihkan serta menguruskan kewangan kita dengan bijak supaya mendapat keredhaan Allah.
Uztaz berpesan lagi bahawa kehidupan berkeluarga adalah sangat penting bagi setiap orang dan memang ajaran Islam menerusi Quran dan hadis menyeru kita supaya berkahwin dan mendirikan rumahtangga. Banyak pahala dan ganjaran yang diberikan kepada mereka yang berbuat demikian. Untuk membina satu keluarga yang bahagia dan berjaya dunia dan akhirat, kita perlu perancangan yang teliti dan teratur.
Suami isteri mesti berbekal dengan ilmu pengetahuan tentang Islam serta ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam caragaya keibubapaan demi untuk mendapat kebahagian dan kenikmatan hidup berumahtangga. Mendidik anak dan membesarkan anak, membentuk akhlak dan kesahsiannya perlulah dilakukan dengan garis panduan dan lunas lunas keislaman. Oleh itu ajaran asas bagi anak-anak mestilah ajaran Al Quran, bukan sahaja setakat mengetahui bacaan dan tajwidnya, tetapi apa yang penting ialah untuk memahami isi kandungan Al Quran supaya kita dapat menghayatinya ajarannya sejak awal awal lagi.
Dengan ini kanak-kanak yang membesar ke peringkat remaja dan dewasa mempunyai asas teguh sebagai disiplin diri mereka supaya mereka tidak jauh tergelincir atau menyeleweng daripada jalan atau arus hidup yang penuh dengan berbagai cabaran dan liku-liku serta rintangan kehidupan.
Akhir sekali Ustaz berpesan jangan kita membunuh anak secara fizikal kerana takutkan kemiskinan dan juga jangan kita bunuh anak kita dengan tidak memberikan ilmu agama yang secukupnya sehinggakan mereka lalai dari mengingati Allah Subhanawataala sebagaimana hadis Nabi ini, “Orang yang berzikir diibaratkan orang yang hidup disisi Allah Subhanawataala, dan orang yang tidak berzikir diumpamakan orang yang mati disisi Allah Subhanawataala”. Berzikir di sini membawa maksud mengingat dan menyebut nama Allah Subhanawataala serta mengucapkan kalimat pujaan kepada Allah Subhanawataala secara berulang-ulang kali. Tujuan berzikir adalah agar hati menjadi dekat kepada Allah Subhanawataala dan tetap kuat dalam keimanan. Berzikir dilakukan setiap saat sekalipun sedikit, diutamakan sebanyak-banyaknya dan terus-menerus. Allah SWT memerintahkan berzikir, antara lain : “Ingatlah (berzikirlah) kamu kepada-Ku, niscaya Aku ingat (pula) kepadamu.

No comments:
Post a Comment