Dakwah ialah satu kewajipan dan satu kemulian bagi umat ini.
Dakwah ialah satu kewajipan dan satu kemulian bagi umat ini. Tugas menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran ini adalah sebaik-baik kerja yang ditugaskan kepada kita.
Setiap orang telah Allah meletakkan penghargaan sebagai (1)khaira ummati iaitu sebaik-baik umat,hanya kerana tugas dakwah ini.
Firman Allah SWT, maksudnya:
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." (Surah Ali-Imran: Ayat 110)
"Barang siapa daripada kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya (kekuasaan), apabila ia tidak berkuasa (dengan tangan) maka dengan lidahnya (teguran atau nasihat), apabila tidak kuasa (dengan lidahnya) maka dengan hatinya dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."
(Riwayat Muslim)
* TOLONG BERHENTI UNTUK MEMBERI 1001 ALASAN! :)
No comments:
Post a Comment