Saturday, 15 September 2012

4 Faedah Bertudung (Perempuan Kena Baca)



1. Sebagai lambang wanita beriman dan bertaqwa :
Wanita yang sentiasa beriman dan taat,pasti akan mengikut perintah Allah dan RasulNya serta meninggalkan perkara yang dilarang dalam Islam.Berbeza dengan orang yang tidak beriman,mereka amat ingkar perintah Allah dan Rasulullah S.A.W.Pendek kata,ada sahaja alasan untuk menolak ketetapan AllahMaka,renungi ayat berikut :“Orang-orang munafik lelaki dan perempuan sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama,mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang makruf dan mereka mengenggamkan tangannya (kikir).Mereka telah lupa kepada Allah,maka Allah melupakan mereka.Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasiq”

2. Mampu mengelakkan gangguan orang yang berhati jahat :
Andainya seorang lelaki dihidangkan dengan satu “show” yang menayangkan wanita dalam keadaan amat seksi, sudah tentu nafsu syahwat si lelaki akan terangsang sekaligus mencetuskan satu niat jahat untuk “mendapatkan” wanita itu atau wanita lain seumpamanya bagi tujuan memuaskan nafsunya.Tapi berbeza pula jika diperlihatkan wanita solehah yang sentiasa menjaga adab muslimah iaitu lengkap berjilbab.Pasti sejuk mata memandang dan terdetik rasa keinsafan (malu) dalam diri si lelaki.Begitulah hakikatnya peranan jilbab mampu mencegah hati-hati manusia yang berniat jahat.Dalam ayat lain,Allah menyatakan perihal sama tetapi memberi focus keoada suara wanita
“Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga keinginan orang yang ada perasaan dalam hatinya (berhati jahat)

3. Membezakan wanita itu muslim atau non-muslim :
Berdasarkan tafsir Ibn Katsir, jilbab membezakan di antara wanita hamba dengan wanita yang merdeka dimana orang yang merdeka wajib bertudung.Manakala dalam tafsiran yang lain, dinyatakan bahawa pemakaian tudung dan penutupan aurat melambangkan dia adalah wanita yang bertamadun kerana tahu menjaga kehormatannya.Wanita Muslimah adalah wanita yang bertamadun.

4. Jilbab mampu menghalang penyakit kulit :
Menurut kajian saintifik terkini membuktikan bahawa kulit wanita lebih sensitif berbanding kulit lelaki.Maka, kulit wanita memerlukan sistem penjagaan yang lebih rapi dan baik berbanding kulit lelakiPersekitaran kita kini begitu bahaya kerana terdedah kepada pelbagai jenis pencemaran.Contohnya, udara kita dipenuhi dengan pelbagai jenis asap dan debu ( dangerous particles) ditambah pula dengan pencemaran cahaya serta radioaktif.Pencemaran cahaya berpunca dari penipisan lapisan ozon (light filteration) yang semakin ketara, lalu sinar matahari yang berbahaya mudah terlepas ke permukaan bumi mengakibatkan gagal ditapis oleh ozon.Maka, alternative terbaik untuk mengawal semua jenis pencemaran ini tentunya berpakaian baik iaitu mampu menutupi semua bahagian badan yang sensitif.Ia sekaligus menunjukkan hikmah wanita diwajibkan memakai jilbab.Ia sungguh relevan pada hari ini yang begitu berbahaya kepada organ kulit kita,terutama wanita yang lebih jauh sensitif terhadap kesan pencemaran tersebut.Tanpa perlu berbelanja mahal untuk bahan-bahan kimia penjagaan kulit yang belum tentu terjamin kebaikannya dan mungkin ada kesan jangka panjang,maka pakailah pakaian yang menutup aurat.Ia lebih selamat dan dijamin oleh Allah sejak dahulu lagi.

Thursday, 6 September 2012

renungan..

seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dgn polis forensik x bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu.. 

dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau iste
ri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..
dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."
membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."
membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"
membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"

selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "trima ksih abang krana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan trima kasih krna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sbg seorang istri redha akn pemergianmu krna ksih syg Allah pd mu."

Ya Allah..menitis airmata admin baca cerita ni..
Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..

klau nak share post ni silalah 

Monday, 6 August 2012

ASAL USUL HAJAR ASWAD


Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membangun Ka'abah banyak kekurangan yang dialaminya. 

Pada mulanya Ka'abah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk.

Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus lumus untuk mengajak pengikutnya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.

Disebutkan apabila pembagunan Ka'abah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata,
-- "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai.

Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba- tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali.

Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya,
-- "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata,
-- "Batu ini kuterima dari pada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad.

Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan saja.

Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Ka'abah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang.

Wallahu a'alam.

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diterimanya do'a.

Bagi yang ada kesempatan, berdoalah di sana,

Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah.
Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyekutukan Allah,
sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.

Ingatlah kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) :
-- "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."

Semoga kita termasuk di antara orang-orang yang mendapat taufik dari Allah untuk mengamalkannya agar kita mendapatkan kebaikan dan keberkahan bulan Ramadhan.

Semoga Allah SWT selalu bersama dengan kita semua seiring
::::: RAHMAH, HIDAYAH DAN RIZQI :::::..................................

Selamat menunaikan IBADAH PUASA

Salam Silaturrahim Dan Ukhuwah Fillah,
Silahkan ~ TAG / SHARE ~ Teruntuk Sahabat lainnya

Sunday, 29 July 2012

Tahukah anda? Kalau anda ada ahli keluarga atau kawan yang baru meninggal dunia, korang boleh buat report pada pihak facebook untuk delete akaun si mati dan buat akaun khas sebagai peringatan (optional) untuk si mati.


 Ini sebagai satu alternatif jika anda tak kenal mana² hacker untuk delete akaun si mati.

Cara² nak report akaun FB orang yg telah meninggal.

tak perlu guna penggodam, jom follow sy ikut step² ni.

Step paling penting : Cari FB arwah terlebih dahulu.

Step 1 - klik link ni

http://www.facebook.com/help/contact_us.php?id=305593649477238

Step 2 - type nama arwah/copy paste :
contoh nama fb arwah "Hamba Allah"

Step 3 - copy paste email dia :
contoh email fb arwah : "hamba_allah01@yahoo.com"

Step 4 - copy paste link dari fb arwah :

contoh link fb arwah : "www.facebook.com/hamba_allah"
contoh kedua "https://www.facebook.com/profile.php?id=100003248237582325235"

Step 5 - tick salah satu :

* Immediate family (spouse, parent, sibling, child)
* Extended family (grandparent, aunt, uncle, cousin)
* Non-family (friend, co-worker, classmate)
* Other

Step 6 - tick :

* Memorialize account.

Link untuk report : www.facebook.com/help/contact/?id=305593649477238

#Di Benarkan SHARE.

Saturday, 28 July 2012

Kisah Rasulullah SAW dan Sebiji Limau




“Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak.

Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan “Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.”

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW."

Sifat Mahmudah (Terpuji)




“Ya Allah Abadikan Hati Ini Dengan Sifat Mahmudah (Terpuji)” Amin ♥♥♥ :)

Imam Ghazali menggariskan sifat mahmudah (terpuji) kepada beberapa bahagian:

1. TAUBAT – Keazaman untuk meningglkan segala kesalahan dan dosa-dosa besar, melalui jalan il,u, penyesalan dan niat untuk tidak mengulanginya.

2. TAKUT AKAN ALLAH s.w.t. – Perasaan takut terhadap Allah akan membuatkan seseorang itu melipat gandakan amalan soleh dan meninggalkan larangan-Nya.

3. MAHABBAH – Mengasihi Allah dan Rasul melebihi segala yang lain akan melahrkan rasa cinta kepada agama dan rela berjuang kerana mempertahankan Islam.

4. ZUHUD – Kehidupan insane Mukmin yang mengekang jiwa daripada segala rupa kesenangan dunia yang berlebihan dan meninggalkan perkara yang tidak baik.

5. SABAR – Perasaan memujuk jiwa dengan keimanan. Ia merangkumi sabar atas ketaatan dan juga sabar dalam menjauhi maksiat.

6. SYUKUR – Bersyukur kepada Allah s.w.t. atas nikmat kesihatan, rezeki kemudahan hidup, kurniaan pancaindera dan sebagainya.

7. IKHLAS DAN BENAR – Untuk mencapai tingkatan ikhlas ini, amat dituntut untuk mematahkan dorongan hawa nafsu dan kasih akan dunia.

8. TAWAKAL – Tawakal ialah meletakkan pergantungan hanya pada Allah s.w.t. setelah berazam. Seterusnya diikuti dengan usaha.

9. REDA DENGAN QADAK ALLAH – Segala ketentuan Allah sama ada baik atau buruk diterima dengan syukur atau sabar oleh insane Mukmin.

10. MENGINGATI MATI – Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa ingat pada mati dan sentiasa bersedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana.


‎|Pict| Help Muslims of Myanmar



Pembantaian umat muslim di myanmar, mereka dibakar hidup hidup karena tidak mau berpindah keyakinan,tandai dan sebarkan

Mohon Bagikan/Share ini di FB kalian , tiap foto yang kamu share , FB akan memberikan $1 untuk Masyarakat Myanmar..

Pray For Myanmar
-------------------------------------------------------------

'Pembantaian Muslim Rohingya Bertujuan Melawan Islam'

Imam pengganti Shalat Jumat di Teheran, Ayatollah Mohammad Emami Kashani, saat merujuk kepada pembantaian baru-baru ini atas orang Muslim di Myanmar, mengatakan semua kejahatan terhadap umat Muslim bertujuan melawan Islam dan gelombang kebangkitan Islam.

Dalam khutbah Jumat di Teheran, ia mengatakan, "Kita terikat kewajiban yang, menurut wejangan Pemimpin Spiritual Revolusi Islam Ayatollah Sayyid Ali Khamenei, rakyat Iran mesti bergerak ke arah sistem kehakiman di dunia, harapan dan idealisme realistis kemanusiaan."

Saat merujuk kepada kebangkitan Islam dan aksi perlawanan umat Muslim di banyak negara, termasuk di Bahrain, khatib Shalat Jumat di Teheran tersebut mengatakan mereka membunuh orang Muslim yang tak berdosa untuk melawan Islam, kebangkitan Islam dan Republik Islam.

Ayatollah Kashani menunjuk pada kenyataan bahwa musuh telah mengepung rakyat suriah dan menyampaikan harapan rakyat Suriah akan terbebas dari rencana yang disusun oleh musuh mereka.

Sementara itu ribuan warga Iran, setelah Shalat Jumat di Teheran, berpawai untuk mendukung umat Muslim Myanmar, yang dibantai.

Warga Iran di berbagai kota besar negeri tersebut juga berpawai untuk mendukung umat Muslim Myanmar --yang dikenal dengan nama Rohingya-- setelah Shalat Jumat di kota tempat tinggal mereka.

Mereka membawa selebaran dan spanduk yang mengutuk pembantaian umat Muslim yang tak berdosa di Myanmar tersebut. Mereka menyeru berbagai organisasi internasional agar mengutuk tindakan itu.