Saturday, 15 September 2012
4 Faedah Bertudung (Perempuan Kena Baca)
1. Sebagai lambang wanita beriman dan bertaqwa :
Wanita yang sentiasa beriman dan taat,pasti akan mengikut perintah Allah dan RasulNya serta meninggalkan perkara yang dilarang dalam Islam.Berbeza dengan orang yang tidak beriman,mereka amat ingkar perintah Allah dan Rasulullah S.A.W.Pendek kata,ada sahaja alasan untuk menolak ketetapan AllahMaka,renungi ayat berikut :“Orang-orang munafik lelaki dan perempuan sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama,mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang makruf dan mereka mengenggamkan tangannya (kikir).Mereka telah lupa kepada Allah,maka Allah melupakan mereka.Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasiq”
2. Mampu mengelakkan gangguan orang yang berhati jahat :
Andainya seorang lelaki dihidangkan dengan satu “show” yang menayangkan wanita dalam keadaan amat seksi, sudah tentu nafsu syahwat si lelaki akan terangsang sekaligus mencetuskan satu niat jahat untuk “mendapatkan” wanita itu atau wanita lain seumpamanya bagi tujuan memuaskan nafsunya.Tapi berbeza pula jika diperlihatkan wanita solehah yang sentiasa menjaga adab muslimah iaitu lengkap berjilbab.Pasti sejuk mata memandang dan terdetik rasa keinsafan (malu) dalam diri si lelaki.Begitulah hakikatnya peranan jilbab mampu mencegah hati-hati manusia yang berniat jahat.Dalam ayat lain,Allah menyatakan perihal sama tetapi memberi focus keoada suara wanita
“Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga keinginan orang yang ada perasaan dalam hatinya (berhati jahat)
3. Membezakan wanita itu muslim atau non-muslim :
Berdasarkan tafsir Ibn Katsir, jilbab membezakan di antara wanita hamba dengan wanita yang merdeka dimana orang yang merdeka wajib bertudung.Manakala dalam tafsiran yang lain, dinyatakan bahawa pemakaian tudung dan penutupan aurat melambangkan dia adalah wanita yang bertamadun kerana tahu menjaga kehormatannya.Wanita Muslimah adalah wanita yang bertamadun.
4. Jilbab mampu menghalang penyakit kulit :
Menurut kajian saintifik terkini membuktikan bahawa kulit wanita lebih sensitif berbanding kulit lelaki.Maka, kulit wanita memerlukan sistem penjagaan yang lebih rapi dan baik berbanding kulit lelakiPersekitaran kita kini begitu bahaya kerana terdedah kepada pelbagai jenis pencemaran.Contohnya, udara kita dipenuhi dengan pelbagai jenis asap dan debu ( dangerous particles) ditambah pula dengan pencemaran cahaya serta radioaktif.Pencemaran cahaya berpunca dari penipisan lapisan ozon (light filteration) yang semakin ketara, lalu sinar matahari yang berbahaya mudah terlepas ke permukaan bumi mengakibatkan gagal ditapis oleh ozon.Maka, alternative terbaik untuk mengawal semua jenis pencemaran ini tentunya berpakaian baik iaitu mampu menutupi semua bahagian badan yang sensitif.Ia sekaligus menunjukkan hikmah wanita diwajibkan memakai jilbab.Ia sungguh relevan pada hari ini yang begitu berbahaya kepada organ kulit kita,terutama wanita yang lebih jauh sensitif terhadap kesan pencemaran tersebut.Tanpa perlu berbelanja mahal untuk bahan-bahan kimia penjagaan kulit yang belum tentu terjamin kebaikannya dan mungkin ada kesan jangka panjang,maka pakailah pakaian yang menutup aurat.Ia lebih selamat dan dijamin oleh Allah sejak dahulu lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment