Monday, 23 July 2012

SIRI AL-QURAN MENDAHULUI SAINS




Awan mempunyai lapisan tertentu

Pengkategorian jenis-jenis awan mula diperkenalkan oleh Luke Howard pada 1802 sebagai memudahkan ramalan kaji cuaca. Asalnya oleh Howard, hanya ada 5 kategori jenis awan, tetapi selepas beberapa tahun, ianya ditambah oleh beberapa ahli meteorologi menjadi 10 kategori (Ludwig Kaemtz-1840) (Emilien Renou-1855 ) (Philip Weilbach-1880) (Beberapa ahli meteorologi-1881).
(1170 tahun selepas Rasulullah saw wafat(632M))

Office National Meteorologique (1932). International Atlas of Clouds and of States of the Sky. Paris

Bukti Al-Quran mendahului sains:

Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.
(Surah An-Nur: ayat 43)

No comments:

Post a Comment