Thursday, 12 July 2012

Mencintai Surah al- Ikhlas.... (mudahnya jalan ke Syurga)



Diceritakan dalam sebuah kisah,bahawa ada seorang yang selalu membaca suarah al-Ikhlas ketika menjadiimam.Banyak orang menasihatinya agar membaca surah-surah yang lain.Akan tetapi lelaki ini selalu membaca surah yang sama,iaitu al-Ikhlas.Kemudian hal ini sampai kepada Rasulullah SAW.Rasulullah bertanyakepadanya:

Ertinya:"Wahai fulan! Apa yang membuatmu tidak melakukan apa yang diperintahkan oleh sahabatmu? Dan apa yang membuatmu selalu membaca surah al-Ikhlas berulang kali dalam setiap rakaat?" Lelaki itu meluahkan isi hatinya: "Aku sungguh mencintainya." Lantas Rasulullah meyakinkan lelaki tersebut: "Kecintaanmu pada surah itu penyebab kamu masuk ke dalam syurga kelak."
(Riwayat Bukhari)

Akan tetapi jangan sampai satu masa sesorang membaca surah al-Ikhlas disetiap rakaat, dan membaca surah lain sesudahnya. Sahabat Rasulullah SAW tadi mungkin sahaja memahami bahawa kecintaannya kepada surah ini,iaitu dengan membacanya setiap rakaat solat. Dan yang benar adalah kecintaan sesorang pada surah ini merupakan langkah awal untuk masuk ke dalam syurga, dan mengamalkan kandungan surah ini tentu lebih dianjurkan daripada perkara-perkara akidah, tauhid dan keikhlasan yang terkandung dalam surah yang pendek ini.

No comments:

Post a Comment