Sunday, 11 December 2011

Laptop dengan WiFi amat berbahaya untuk lelaki




Zaman sekarang ini penggunaan laptop dan Wifi adalah satu kemestian dan rata2 ramai yang dah memilikinya. Tetapi jika anda seorang lelaki yang gemar menggunakan perkhidmatan Wifi harus berwaspada !

Menurut satu kajian Juernal Fertility and Sterility telah mendedahkan bahawa komputer riba dan WiFi berisiko untuk mengancam sperma ! Kajian makmal oleh penyelidik di Argentina dan AS mendapati bahawa isyarat WiFi yang didekatkan dengan sel sperma , didapati mengurangkan kualiti sperma serta merubah kod genetik.

Bukan setakat itu sahja pengkaji mendapati bahawa suhu panas yang dihasilkan daripada Laptop turut menjadi sebab mengapa kualiti sperma menurun kerana sel tersebut sensitif terhadap suhu panas.

Berita baiknya pulak adalah ramai pakar mahukan kajian tersebut perlu dilakukan dengan lebih teliti dan terperinci lagi agar kesahihannya terbukti 100 % boleh merosakkan sperma.

No comments:

Post a Comment