Sunday, 11 December 2011

DEDAH AURAT : "DOSA MUDAH & TANPA DISEDARI"



Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan mendedah auratnya, semua lelaki yang melihatnya akan memperolehi dosa setiap kali dia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita. Dia bukan sahaja mendapat 1 dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa bagi semua lelaki yang memandang auratnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari...

Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yg mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa bagi setiap orang yang membuatnya tanpa kurang sedikit pun dosanya"
(Riwayat Ahmad dan lain-lain)

Sebagai saudara seagama, saya harap janganlah saudari salah tafsir dengan apa yang saya Kongsikan ini. Tiadalah berniat buruk, hanyalah kasih sayang dan ingatan sesama saudara seagama. Kerana menutup aurat dengan sempurna adalah diwajibkan kepada setiap orang Islam yang sudah baligh.

Imam Hasan al-Basri pernah berkata:
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."

Akhir sekali tiada kata yang dapat diberikan kecuali; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar...

No comments:

Post a Comment