Sunday, 11 December 2011

Buah Betik Baik Untuk Lelaki?







Hehe. Saje je tepek gambauu betik ni sbb nak bagi semangat kat korang.Selain tu,nak bagi penegasan pada lelaki bahawa buah betik ni sangat lah bagus untuk kalian semua wahai cik Adam:') Kenape? Haa itu yang kite kene gali bak kate Kak Ogy AF wkwkwkwwk:D 

Ok buah betik ni actually memang kaya gile dgn vitamin C yang mana ia merupakan antioksida yang baik untuk tubuh badan. Dah la ade vitamin C sedap pulak tuh. Oh saya mengidam nak makan betik pulak dah-___-' Other that that, betik ade kelebihan lain which is meningkatkan jumlah dan kesburan SPERMA. Err perlu ke BOLD di situ? Ade something yang korang taktau ni.Yang dah tau diam. Kekurangan vitamin C dlm badan boleh menyebabkan ketidaksuburan sperma ! Omaigoddddd! Whattt? Ehh aku pulak lelebih.Tampar boleh?


So the better way untuk meningkatkan kesuburan dan kuantiti sperma adalah dgn memakan buah betik setiap hari. Ala,makan jela. Tak mati pun makan buah betik tu haha. So dah tau kan? Korang nak makan betik ke tak?

Gambar- Gambar Rumah Arwah Muammar Gaddafi (14 Gambar)



Arwah Muammar Gaddafi dikatakan mempunyai kekayaan yang luar biasa selepas memerintah Libya selama lebih 40 tahun. Mungkin Keadaan rumah Muammar Gaddafi ini tidaklah semewah rumah pemimpin UMNO di negara kita. Kalau di Sarawak, kita ada Raja Putih yang memerintah negeri selama 30 tahun, Taib Mahmud. kekayaan Taib Mahmud lebih sket. Kat Rumah Najib aku tak tau. Rumah Khir Toyo camne? Sama-sama kita saksikan tanpa ada sebarang prejudis.
Wow... Emasss... 10 Gram emas 999, berapa sekarang ea? giler kaya!
Emas Lagiii....

Laptop dengan WiFi amat berbahaya untuk lelaki




Zaman sekarang ini penggunaan laptop dan Wifi adalah satu kemestian dan rata2 ramai yang dah memilikinya. Tetapi jika anda seorang lelaki yang gemar menggunakan perkhidmatan Wifi harus berwaspada !

Menurut satu kajian Juernal Fertility and Sterility telah mendedahkan bahawa komputer riba dan WiFi berisiko untuk mengancam sperma ! Kajian makmal oleh penyelidik di Argentina dan AS mendapati bahawa isyarat WiFi yang didekatkan dengan sel sperma , didapati mengurangkan kualiti sperma serta merubah kod genetik.

Bukan setakat itu sahja pengkaji mendapati bahawa suhu panas yang dihasilkan daripada Laptop turut menjadi sebab mengapa kualiti sperma menurun kerana sel tersebut sensitif terhadap suhu panas.

Berita baiknya pulak adalah ramai pakar mahukan kajian tersebut perlu dilakukan dengan lebih teliti dan terperinci lagi agar kesahihannya terbukti 100 % boleh merosakkan sperma.

Madu, mangkuk dan sehelai rambut.



Rasulullah SAW dengan sahabat-sahabatnya, Yaitu Abu Bakar r.a, Umar r.a, Usman r.a telah bertamu di rumah Ali r.a. Isteri beliau Saiyidatina Fatimah r.anha yang juga puteri Rasulullah SAW telah menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika mangkuk madu itu dihidangkan, sehelai rambut telah di dapati di dalam mangkuk itu.

Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya membuat perbandingan terhadap tiga benda tersebut:

1)Mangkuk yang cantik. 
2)Madu. 
3)Sehelai rambut. 

Abu Bakar r.a telah berkata:“Iman itu lebih cantik dari mangkuk ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut. 

Umar r.a telah berkata:“Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk ini, seorang raja itu lebih manis daripada madu, dan memerintah dengan adil itu lebih susah dari meiniti di atas sehelai rambut. 

Uthman r.a berkata:“Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk ini, orang yang menuntut ilmu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut”. 

Ali r.a berkata:“Tetamu itu lebih cantik dari mangkuk ini, menjamu tetamu itu lebih manis dari madu, dan membuatkan tetamu senang sehingga dia kembali ke rumahnya itu lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut”. 

Fatimah r.a.ha telah berkata:“Seorang wanita itu lebih cantik dari mangkuk ini, wanita yang berahklak itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang berahklak adalah lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut”. 

Malaikat Jibril a.s telah berkata:“Menegakkan tiang agama itu adalah lebih cantik dari mangkuk ini, mengorbankan waktu, diri, dan waktu untuk agama adalah lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama hingga ke akhir hayat adalah lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut.” 

Allah SWT berfirman:“Surgaku itu lebih cantik dari mangkuk ini, nikmat surgaku adalah lebih manis dari madu, dan jalan menuju ke syurgaku itu adalah lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut”
Istighfar Adalah Talian Hayat Orang Mukmin

Manusia merupakan makhluk yang serba lemah dan tidak lepas daripada melakukan kesilapan dan dosa pada setiap ketika. Allah s.w.t. dengan sifatNya yang Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang membuka peluang kepada insan untuk memohon keampunan pada setiap waktu dan di mana sahaja mereka berada.

Allah berfirman yang bermaksud : “Dan mohonlah ampun kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi.” 
(Surah al-Muzammil : 20)

Istighfar bermaksud menundukkan hati,jiwa dan fikiran terhadap Allah dalam memohon keampunan atas segala dosa serta kesilapan yang dilakukan.

Istighfar mengandungi beberapa hikmah, di antaranya ialah :
1. Menghidupkan jiwa yang resah kerana dosa
2. Mendekatkan diri kepada Allah
3. Meningkatkan ketakwaan diri
4. Membenteras tipu daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia dengan dosa
5. Memperolehi kemuliaan dan anugerah Allah s.w.t. dalam hidup didunia dan diakhirat.

Syarat-syarat berikut hendaklah diikuti semasa beristighfar:
1. Meninggalkan maksiat
2. Menyesal atas maksiat yang telah dilakukan
3. Berhasrat tidak akan mengulanginya lagi
4. Memperbanyakkan ibadah dan berbuat amal kebajikan seperti bersedekah, memberi makan kepada fakir miskin dan lain-lain.
5. Mohon maaf kepada manusia jika melibatkan manusia.

Antara masa yang digalakkan untuk beristighfar ialah :
1. Sepanjang hari dan malam
2. Sesudah melakukan dosa
3. Ketika hendak tidur
4. Ketika hendak bersahur
5. Setelah selesai berwuduk
6. Ketika duduk antara dua sujud
7. Sesudah membaca tahiyat akhir
8. Ketika hendak meninggalkan sesuatu majlis Keampunan Allah s.w.t. terhadap hambaNya adalah dengan terlaksananya amalan taubat dan istighfar. Kedua-dua amalan ini saling lengkap-melengkapi untuk memastikan Allah s.w.t. mengurniakan kita keampunan. Semuanya adalah untuk dibagi-bagi dan dikongsi..

Semoga Bermanfaat....Renung-renungkan Dan Selamat Beramal..

10. Masjid Al-Zaytuna, Tunisia : 709 tahun



9. Masjid Al-Aqsa, Jerusalem : 705 tahun
8. Masjid Imam Hussain, Iraq : 680 tahun
7. Masjid Uqba, Tunisia: 670 tahun
6. Masjid Kufa, Iraq : 639 tahun
5. Masjidil Haram, Saudi Arabia : 638 tahun
4. Masjid Jawatha, Saudi Arabia : 629 tahun
3. Masjid al-Qiblatain, Saudi Arabia : 623 tahun
2. Masjid al-Nabawi, Saudi Arabia : 622 tahun
1. Masjid Quba, Saudi Arabia : 622 tahun
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DEDAH AURAT : "DOSA MUDAH & TANPA DISEDARI"



Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan mendedah auratnya, semua lelaki yang melihatnya akan memperolehi dosa setiap kali dia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita. Dia bukan sahaja mendapat 1 dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa bagi semua lelaki yang memandang auratnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari...

Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yg mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa bagi setiap orang yang membuatnya tanpa kurang sedikit pun dosanya"
(Riwayat Ahmad dan lain-lain)

Sebagai saudara seagama, saya harap janganlah saudari salah tafsir dengan apa yang saya Kongsikan ini. Tiadalah berniat buruk, hanyalah kasih sayang dan ingatan sesama saudara seagama. Kerana menutup aurat dengan sempurna adalah diwajibkan kepada setiap orang Islam yang sudah baligh.

Imam Hasan al-Basri pernah berkata:
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."

Akhir sekali tiada kata yang dapat diberikan kecuali; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar...