Friday, 7 March 2014

Syarat-Syarat Orang yang menyembelih



1. Hendaklah beragama Islam atau Ahli Kitab (Kitabiyah).
2. Baligh; tidak sah jika kanak-kanak.
3. berakal; tidak sah jika orang gila
4. Tidak dalam ihram haji atau umrah
5. Dengan sengaja membaca Basmalah.

Binatang Yang Disembelih

1. Binatang yang halal dimakan
2. binatang itu masih hidup
3. Mati dengan sekali sembelihan
4. wajib putus urat pernafasan (urat merih) dan urat tempat lalu makanan (halkum).

Wajib memutuskan dengan sempurna urat HALKUM dan urat MARIH. 
(Halkum ialah tempat salur nafas pernafasan dan marih pula tempat salur makan dan minum.)

Mazhab Syafi’e berpendapat hanya diwajibkan untuk memutuskan dua jenis urat iaitu urat halkum dan urat marih sahaja. 
Namun sunat hukumnya memutuskan 2 urat (salur) darah yang berada di kanan dan kiri leher binatang yang disembelih bagi mempercepatkan kematian.

Syarat Sah Sembelihan
1. Sembelihan dilakukan dengan niat menyembelih
2. Sembelihan dilakukan kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain seperti untuk disembah kepada jembalang dan sebagainya.
3. Putus urat halkum (saluran penafasan) dan urat marih (saluran marih)
4. Binatang tersebut halal dimakan dan masih hidup
5. Binatang tersebut mati dengan sekali sembelihan
6. Disembelih oleh orang Islam
7. Menggunakan alat yang tajam selain daripada kuku, gigi dan tulang
8. Binatang itu mati disembelih bukan kerana yang lain seperti mati terkejut atau terjatuh dalam perigi ketika disembelih. 

Berpandukan kepada video di atas, adalah AMAT2 MERAGUKAN syarat2 diatas telah dipenuhi

Wallahu A'lam

KENAPA YAHUDI GALI DI BAWAH MASJID AL-AQSA?



Pihak Israel sedang menggali di bawah Masjidil Al-Aqsa. 

Mereka mengakui secara terbuka niat mereka untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa untuk membangkitkan semula “Temple of Solomon” iaitu Kuil Sulaiman.

Pakar arkeologi dan ahli kaji sejarah mengetahui bahawa runtuhan “Kuil Sulaiman” terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa. 

Kita tidak tahu berapa dalam penggalian tersebut, namun kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara ini berlaku. 

Ini memerlukan perhatian dunia Islam. 

Saudara Islam seluruh dunia harus tahu apa yang berlaku dan kesan pengalian ini. 

Ini satu kebenaran yang mengejutkan.

Kubah emas bukanlah Masjidil Al-Aqsa tetapi adalah Masjid Batu Bergantung “Dome Of The Rock"

Setiap kali Masjidil Aqsa diucapkan di media, mereka akan menunjukkan Masjid ” Dome of the Rock” sebagai Masjidil Al-Aqsa. 

Sehingga orang ramai tidak mengetahui yang mana satu Masjidil Al-Aqsa yang sebenarnya.

Ini merupakan cara Zionis mengabui mata umat Islam sejagat

Mungkin sehinggakan Masjidil Al-Aqsa dihancurkan, umat Islam tidak mengetahui akan kehancurannya. 

Menjadi kewajipan umat Islam untuk tahu yang mana satu masjidil Al-Aqsa yang sebenarnya.

Kenapa pencerobohan harus dilakukan kepada Masjidil Al-Aqsa? 

Adakah disebabkan nilai tanahnya atau lain-lain sebab musabab yang dikehendaki oleh Yahudi?

Untuk mengetahui jawapannya kita perlu ketahui "Rahsia Yang Tertanam Di Bawah Masjidil A-Aqsa"

Berbalik kepada sejarah silam kisah Nabi Sulaiman AS atau Raja Sulaiman yang bertanggungjawab membina apa yang dikenali sebagai "Kuil Sulaiman”, Nabi Sulaiman AS berbeza dari Nabi-nabi yang lain kerana baginda di beri Allah SWT kelebihan menguasai umat manusia dan bangsa jin.

Nabi Sulaiman a.s. ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat Allah SWT iaitu: keyakinan dan ibadah hanya kepada Allah Yg Esa sahaja. 

Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman a.s di mana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme (ilmu ghaib). 

Baginda memerintahkan pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. 

Amalan ini berkaitan dengan jin dan syaitan.

Dalam Islam kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. 

Al-Quran mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia tidak boleh berhubung kait walaupun hidup di dimensi yang sama dengan manusia, tetapi tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain. 

Jin tidak dapat dilihat, mereka boleh melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. 

Tidak wujudnya seperti Jin “baik” atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang oleh Allah SWT.

Jadi arahan Nabi Sulaiman AS supaya mereka membawa semua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya, dan kemudian baginda kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini dimana baginda fikirkan paling selamat iaitu tidak akan ada sesiapa yang boleh mendapatkan atau mencurinya.

Baginda menanamkan buku-buku ajaran sihir itu di bawah tapak kuil tersebut. 

Baginda melantik beberapa orang kesatria yang di kenali sebagai “Knights of the temple of Solomon” (Knight Templar) untuk menjaga kuil Sulaiman itu siang dan malam.

Kesatria melakukan tugasan yang diberikan pada awalnya. 

Selepas Nabi Sulaiman a.s wafat, The Knights menemui apa yang terdapat di bawak kuil itu. 

Mereka menyedari akan kepentingan perkara ini, rahsia amalan sihir berada di hujung jari mereka. 

Mereka mencuri dan mula berlatih. 

Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan. 

Mereka benar-benar jauh dari agama Nabi Sulaiman a.s dan Allah SWT dan mula tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. 

Kerana ritual yang mereka jalankan, mereka dengan segera menjadi orang yang berpengaruh dan terkaya di negara itu.

Ahli okultisme menegaskan bahawa syaitan memberi penghargaan kepada pengikutnya dengan kekayaan duniawi. 

Mereka boleh membuat apa sahaja seperti memberi dan menerima rasuah, maksiat, kerosakan di muka bumi dan banyak lagi yang menyimpang dari ajaran Islam sebenar 

Mereka juga percaya bahawa syaitan meyakinkan mereka, melalui para imam dan pendeta tinggi, bahawa ‘kuasa’ itu adalah Allah yang nyata.

Selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah dan Kesatria Templar menggelarkan mereka sebagai “Free Mason”. 

Dengan kekuatan yang terkumpul, mereka pantas menyebarkan pengetahuan ini di seluruh dunia melalui kumpulan-kumpulan rahsia.

Semua ini dilakukan dengan satu tujuan iaitu mengikut kehendak tuhan syaitan dan sebagai langkah untuk menyambut kedatangan Dajjal bermata satu yang mewakili syaitan di bumi. 

Simbol mereka adalah piramid dan di atasnya terdapat “all seeing eye” yang bermata satu. 

Perlu diketahui bahawa orang Mesir kuno juga mempunyai tuhan yang bermata satu dikenali sebagai Mata Ra dan Mata Osiris. 

Ingat bahawa ilmu hitam adalah diajar dari orang-orang kafir dari Mesir kuno (zaman Nabi Musa a.s.)

Jadi jika freemason sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan “harta rahsia” ini, mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa? 

Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan tuhan mereka iaitu “Dajjal”.

Apa Yang Islam Dan Nabi Muhammad SAW Memperingati Kita Tentang Kedatangan Dajjal?

1. Dalam Islam kita tahu Dajjal adalah Nabi palsu. Dajjal akan meniru seperti nabi sejati dalam segala hal. 

Nabi yang sebenar adalah Nabi Isa AS yang akan datang semula untuk memerintah dunia dari Jerusalem. 

Jadi disitulah Dajjal akan tiba di atas tanah suci, Jerusalam.

2. Kami diberitahu bahawa Dajjal akan hidup di bumi selama 40 hari (satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu, dan selebihnya seperti hari biasa) 

Satu tahun adalah sama dengan 1000 tahun manusia. 

Ini membuktikan bahawa ia adalah jin yang kuat, seperti jin boleh hidup selama ribuan tahun.

3. Semua Nabi-nabi memperingatkan kaum mereka tentang Nabi palsu ini.

4. Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu kedatangan Dajjal dan memperingatkan kita untuk mengetahui bahawa Allah SWT tidak “bermata satu”. 

Dajjal juga akan mempunyai perkataan kafir di dahinya. 

Nabi Muhammad SAW juga memberi amaran, bahawa setiap Muslim setelah mendengar “kedatangan” Dajjal perlu memaling muka daripada memandang wajah Dajjal. 

Dan membelakangkan dan terus berjalan menjauhkan diri darinya. 

Tidak melihat ke arahnya, atau berjalan ke arahnya. 

Jangan ingin tahu dan Nabi SAW memberi amaran bahawa orang yang terkuat imannya akan diuji dan mudah boleh jatuh korban fitnah Dajjal, kerana Dajjal adalah “Master of Deception” (Raja Penipu)

Zionis pernah menyebut bahawa kawasan diantara sungai Nil dan Furat sebagaimana adanya “tanah yang dijanjikan”. 

Mereka harus membina kuil asal untuk menyambut kedatangan Dajjal.

Jadi Di Mana Tapak Kuil Sion Yang Asal?

Bukti arkeologi dan sejarah membuktikan bahawa runtuhan kuil asal Sion adalah di bawah Kuil Sulaiman. 

Ini sebabnya mengapa yahudi/zionist ingin menghancurkan Masjidil Al-Aqsa supaya mereka dapat membangunkan semula kuil dibawah Masjidil Al-Aqsa.

Perkara ini menjelaskan mengapa Kerajaan AS begitu baik dengan Israel. 

Mereka mempunyai tujuan yang sama, dan kepercayaan bersama. 

Mereka bekerja untuk sebuah kekuatan yang jauh lebih besar, dan jauh lebih jahat dan penuh dengan penipuan. 

Inilah sebabnya mengapa dasar luar negeri AS adalah pro-Israel, bahkan mereka mengetepikan rakyat mereka sendiri. 

Inilah sebabnya mengapa mereka membiarkan Palestin diserang berkali-kali. 

Mereka memang berniat untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa.

Dan inilah sebabnya mengapa mereka menggambarkan orang-orang Arab dan Muslim sebagai pengganas. 

Mereka ingin menghasut dan mengubah dunia supaya melawan dan membenci orang Islam, kerana faktanya adalah, orang-orang yang akan terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa adalah orang-orang Muslim. 

Muslim memahami pentingnya Masjidil Al-Aqsa, ia adalah kiblat pertama umat Islam. 

Oleh kerana itu orang-orang Muslim adalah musuh dajjal dan Amerika adalah murid-murid Dajjal.

Salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal adalah runtuhnya Masjidil Al-Aqsa sebagaimana yang sedang berlaku sekarang

Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari kejahatan Dajjal dan pengikutnya. 

Semoga cahaya Islam bersinar terang dari sebelumnya. dan ketahuilah, tanda kedatangan Dajjal dan akhir zaman adalah kehancuran Masjidil Al-Aqsa.

Thursday, 6 March 2014

Assalammualaikum... Salam penghulu hari...


Ya Allah takutnya td tgk rancangan Cinta Ilmu TV alhijrah, Ustaz Badli shah cerita ttg Dajjal.
Diceritakan 3 tahun sebelum kemunculan Dajjal, Allah akan perintahkan:
1) tahun pertama: utk langit mengurangkan hujan 1/3 dan bumi mengurangkan pertumbuhan pokok2 sebanyak 1/3 juga.
2) tahun kedua: utk langit mengurangkan hujan 2/3 dan bumi mengurangkan pertumbuhan pokok2 sebanyak 2/3 juga.
3) tahun ketiga: utk langit tidak turunkan hujan langsung dan bumi tidak lagi menumbuhkan sebarang tumbuhan.
Lalu dunia akan mengalami kemarau luar biasa, tiada binatang yg hidup kecuali beberapa ekor yg Allah kehendaki. Ketika itu Dajjal akan muncul. Di saat inilah kita semua akan mengalami fitnah terbesar iaitu fitnah Dajjal.
Dajjal mempunyai kuasa utk menurunkan hujan, dan berkuasa menumbuhkan pokok2. Dajjal dikatakan membawa sungai2 (bagaimana caranya wallahualam) yg berupa sungai api dan sungai air yg sejuk, dan mempunyai gunung roti.
Dajjal mempunyai syurga dan nerakanya sendiri utk memperdaya manusia.
Ketika itu, Dajjal akan menawarkan bantuan kpd manusia tatkala bumi sedang nazak dgn kemarau, tanpa air dan makanan. Lalu yg tidak beriman dgn mudahnya akan mengaku Dajjal adalah Tuhan kerana Dajjal berupaya menurunkan hujan dan menghidupkan tumbuhan. Selain sungai dan bekalan gunung roti.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, ketika Dajjal menawarkan air sungai, pilihlah sungai api, celupkan kepala ke dlm sungai api itu lalu minumlah kerana itulah air yg sebenar.
Yg tidak beriman akan terpedaya memilih sungai air, iaitu sebenarnya adalah api.
Persoalannya, mampukah kita percaya bahawa api itu air dan air itu sbnrnya api? Di saat kita semua dlm keadaan terdesak? Tepuk dada tanya iman...
buatlah persiapan dr sekarang kerana tanda2 kiamat semua sudah ada. Kita di selangor sedang alami catuan air, salah satu krisis air..bumi sudah memberi petanda lah tu...tingkatkan keimanan atau terus leka?
Pilihan di tangan sendiri..

SEBAB-SEBAB MASUKNYA JIN KE DALAM DIRI MANUSIA


Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah
dikeranakan syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini
sama seperti yang dialami manusia.
Ada pula kadang kala manusia dan jin melakukan perkahwinan serta mempunyai anak.
Perkara yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama' yang membicarakannya.
Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal manusia tidak mengetahuinya.
Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam kehidupan manusia yang bodoh.
Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT.
Justeru itu perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu dalah perbuatan keji yang diharamkan.
Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutus kepada semua makhluk manusia dan makhluk jin.
Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum.
Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak.
Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari mereka, mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan menjadi tempat tinggal manusia.

MACAM-MACAM GANGGUAN JIN....


1. Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
2. Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
3. Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.
4. Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.
DIANTARA PENYEBAB GANGGUAN JIN :
1. Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.
2. Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.
3. Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan prekara ini jin tidak akan dapat mengganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan :
Sangat marah, Sangat takut, Sangat lalai dan Mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.

Hidup biar berjasa, mati biar mulia


Masyhur tersebar di kalangan masyarakat Turki kisah Adnan Menderes yang menaiki sebuah pesawat terbang. Semasa di angkasa, salah satu mesin pesawat mati. Juruterbang pesawat mengumumkan keadaan kecemasan. Menderes bersumpah, jika Tuhan selamatkan dirinya, dia berjanji untuk mengembalikan kejayaan Islam di Turki. Miski pun pesawat tersebut terbakar tetapi Adnan menjadi satu-satunya penumpang yang selamat. Wallahu'alam

18 SEBAB KENAPA JIN SUKA MERASUK BADAN MANUSIA TERUTAMA WANITA


Dalam setiap tubuh manusia ada JIN
Makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.
Ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.
Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat
Jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.
Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya.
Lazimnya, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.
Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin
Jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak.
Lebih malang lagi, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada manusia lain.
18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:
1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.
Beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.
Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.
Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat.
Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.
Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.