Sunday, 2 March 2014
DOA, ZIKIR, AMALAN DAN PETUA MUDAH BERSALIN MENURUT ISLAM (Bagi Bakal-Bakal Ibu....)
Pengalaman pertama mengandung sememangnya suatu pengalaman yang sangat indah.
Masuk bulan ke-7 kehamilan, pastinya bakal ibu sangat terasa aura melahirkan dan mulalah rasa tidak senang duduk kerana memikirkan bagaimanakah dengan pengalaman pertama bersalin.
Ramai yang mula mencari di manakah hospital pilihan dan ada juga yang takut untuk bersalin secara normal atau pun caesarean.
Sebagai umat Islam kita sememangnya disarankan kembali kepada doa dan amalan semasa hamil dan terus bersedia dengan doa, zikir, amalan dan petua mudah bersalin.
Antara doa, zikir, amalan dan petua mudah bersalin antaranya adalah:
1. Sentiasa berzikir kepada Allah S.W.T. dengan bertasbih dan bertahmid kerana ia memiliki pahala besar, di tunjukkan oleh beberapa hadith berikut ini:
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu, ia berkata:
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
“Dua kalimat yang ringan diucapkan lisan, berat ditimbangan, dan dicintai oleh Al-Rahman (Allah):
Subhaanallaahi Wa Bihamdihi Subhaanallaahil ‘Adzim.”
(HR. Muttafaq ‘Alaih)
Lagi dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
“Siapa yang mengucapkan: Subhanallah wa Bihamdihi (Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya) sebanyak seratus kali, maka dihapuskan segala kesalahan (dosa)-Nya walaupun sebanyak buih dilaut.”
(Muttafaq ‘alaih)
Syaikh Abdullah bin Abdurrahman al-Bassam dalam Taudhih al-Ahkam menjelaskan tentang fadhilahnya,
“Maka barangsiapa yang menyucikan Allah (bertasbih) dan memuji-Nya (tahmid) sebanyak 100 kali pada pagi dan petang hari, niscaya mereka akan memperoleh pahala yang sangat besar;
berupa diampuninya seluruh dosa dan kesalahannya meskipun jumlahnya amat banyak seperti buih di lautan.
Hal ini adalah merupakan keutamaan yang mulia dan pemberian yang melimpah.”
2. Di antara amalan-amalan yang dilakukan ketika sedang hamil ialah memperbanyakkan membaca ayat-ayat Al-Qur‘an dan berdoa, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Sunni daripada Fatimah Radhiallahu ‘anha yang maksudnya:
“Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila (Fatimah) hampir melahirkan, Rasulullah memerintahkan Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsyin menghampir Fatimah maka Baginda membaca ayat Al-Kursi dan surah Al-‘Araf (ayat 54) di sisi Fatimah dan memohon perlindungan kepada Allah dengan membaca surah Al-Falaq dan An-Nas”.
Doa Nabi Yunus
“Tidak ada Tuhan yang sebenar yang disembah melainkan engkau,
Ya Allah Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim”
(Al-Anbiya’, 87)
Juga disarankan agar membaca Surah Al-Ansyiqaq, Surah Maryam,
Surah An-Nahl (78-80) dan Surah A’basa (18-20)
Bagi ibu-ibu yang sukar bersalin, Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :
“Apabila seorang perempuan itu sukar bersalin, tuliskan di dalam bejana surah Al-Ahqab (ayat 35) dan surah Al-Nazi‘at (ayat 46), kemudian air itu disapukan dan diminum serta disapukan di perut dan kemaluannya”.
(Hadis riwayat Ibnu Sunni)
3. Petua mudah bersalin dari segi pemakanan:
Minum air zamzam
Makan buah kurma
Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah S.A.W kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.
Kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi.
Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta.
Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)
Juga berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.
Sesungguhnya kita perlu berusaha, semua yang berlaku berkehendak dengan izin-Nya.
Semoga perkongsian doa, zikir, amalan dan petua mudah bersalin ini bermanfaat
SOLAT SUBUH MENJADI PENGHALANG MASUK NERAKA?
Rasulullah SAW bersabda : "Tidaklah akan masuk neraka orang yang melaksanakan solat sebelum terbitnya matahari (yaitu solat subuh) dan solat sebelum tenggelamnya matahari (yaitu solat asar)." (H.R. Muslim no. 634)
SOLAT SUBUH JAMINAN MASUK SYURGA
Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa yang mengerjakan solat bardain (yaitu solat subuh dan asar) maka dia akan masuk syurga." (H.R. Bukhari no. 574 - Muslim no. 635)
SOLAT SUBUH DAPAT PAHALA SEPERTI SOLAT SEMALAMAN
Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa yang solat isya' berjamaah maka seolah-olah dia telah solat malam selama separuh malam. Dan barangsiapa yang solat shubuh berjamaah maka seolah-olah dia telah solat seluruh malamnya." (H.R. Muslim no. 656)
SOLAT SUBUH MENDAPAT JAMINAN KESELAMATAN
Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa yang solat subuh maka dia berada dalam jaminan Allah. Oleh karena itu jangan sampai Allah menuntut sesuatu kepada kalian dari jaminan-Nya. Kerana siapa yang Allah menuntutnya dengan sesuatu dari jaminan-Nya, maka Allah pasti akan menemukannya, dan akan menelungkupkannya di atas wajahnya dalam neraka jahannam." (H.R. Muslim no. 163)
BERCAHAYA DI HARI KIAMAT
Rasulullah SAW bersabda : "Berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang banyak berjalan dalam kegelapan (Isya' dan Subuh) menuju Masjid, dengan cahaya yang sangat terang pada hari Kiamat kelak."
(H.R. Ibnu Majah - Tirmidzi)
(H.R. Ibnu Majah - Tirmidzi)
SOLAT SUBUH LEBIH BAIK DARI DUNIA DAN ISINYA
Rasulullah SAW bersabda :
"Dua rakaat solat subuh itu lebih baik dari dunia beserta isinya." (H.R. Muslim - Ahmad)
"Dua rakaat solat subuh itu lebih baik dari dunia beserta isinya." (H.R. Muslim - Ahmad)
PARA MALAIKAT MENYAKSIKAN
Allah SWA berfirman : "Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) Subuh. Sesungguhnya solat Subuh tu disaksikan (oleh malaikat)." (Q.S. Al-Isra' 78)
Rasulullah SAW bersabda : "Dan para malaikat malam dan malaikat siang berkumpul pada shalat fajar (subuh)." (H.R. Bukhari no. 137 - Muslim no. 632)
SubhanAllah...
Begitu banyak keistimewaan yang tersembunyi dibalik solat subuh. Sungguh merugilah kita yang telah sengaja meninggalkan serta melalaikannya.
Begitu banyak keistimewaan yang tersembunyi dibalik solat subuh. Sungguh merugilah kita yang telah sengaja meninggalkan serta melalaikannya.
Semoga kita tetap menjadi Umat Nabi Muhammad SAW yang senantiasa istiqamah dalam melaksanakannya. Niscaya kita akan termasuk golongan orang-orang yang beruntung di dunia juga di akhirat kelak. InsyaAllah.
Semoga catatan ini bermanfaat untuk kita semua. Dan menjadikan kita sebagai insan yang selalu istiqamah menjalankan solat subuh...
Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.
Saturday, 1 March 2014
Lima Minit Selepas Kelahiran
Proses melahirkan bayi mengambil masa yang lama bagi sesetengah ibu. Keadaan yang sudah tidak bermaya selepas melahirkan bayi membuatkan ibu tidak tahu apa proses seterusnya yang dilakukkan kepada bayi dan diri anda sendiri.
Sebenarnya lima minit sejurus selepas bayi lahir, ada beberapa perkara penting yang dilakukan oleh doktor iaitu
1. Tali pusat bayi dipotong.
2. Doktor akan menunjukkan bayi kepada ibu. Anda boleh menentukan sama ada mahu memegang bayi sebaik dilahirkan atau selepas dia dibersihkan.
3. Anda boleh memilih untuk menerima suntikan untuk mempercepatkan pengeluaran uri dari dalam rahim.
4. Keadaan, pernafasan dan denyutan jantung bayi akan diperiksa dalam tempoh satu minit selepas dia selamat dikeluarkan dan diperiksa sekali lagi lima minit kemudiannya.
5. Selepas uri berjaya dikeluarkan, anda mungkin perlu dijahit jika keadaan perineum memerlukan jahitan.
Mengazan dan mengqamatkan anak
Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas
Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Hadis Rasulullah S.A.W. bermaksud :
“Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit).”
JOM KITA KONGSIKAN utk PENGETAHUAN BERSAMA
"Barang siapa menyampaikan (1) satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala
Aurat Wanita Ketika Bersalin Yang Wajib Kita Ketahui
Ramai golongan wanita iaitu isteri mahupun suami mengambil mudah hal aurat ketika si isteri mengandung hingga melahirkan anak.
Perkara2 yang perlu kita jaga:
1. Suami WAJIB pelihara aurat dan maruah isteri dalam apa jua keadaan.
2. Dari awal disahkan hamil, pemeriksaan PERLU dijaga dalam keadaan menutup aurat.
3. WAJIB mendahulukan doktor perempuan.
4. MENTAATI Allah dengan sebaiknya dan meninggalkan segala yang terlarang.
5. JANGAN ambil mudah dalam soal proses kelahiran.
Dalam keadaan isteri dah sakit sangat, hilang punca, tak boleh berfikir maka:-
1. PERANAN SUAMI sangat-sangat penting dan mustahak. Suami yang kena buat keputusan untuk menjaga aurat dan maruah isteri. Kalau suami sendiri tak mampu nak bertegas untuk buat pilihan, maka amat mengecewakan (merujuk kepada dalam keadaan yang tidak darurat serta masih ada pilihan)
2. Suami WAJIB jaga & pelihara aurat isteri ketika dalam wad.. Labor Room dan lain-lain… jangan dah masuk wad semua terbang… tudung tak pakai, kain terselak sana sini, berlengan pendek sahaja, menyusu ikut dan… sebab kena ingat kadang-kadang ada juga staff lelaki, pemberi makanan yang lelaki dan lain-lain yang keluar masuk wad.
3. WAJIB…. WAJIB…. WAJIB…. ada MAHRAM temankan ketika datangnya darurat yang mengizinkan aurat terbuka. Pertama SUAMI… kedua SAUDARA PEREMPUAN.. ketiga nurse perempuan dan seterusnya. Macamana pun keutamaan adalah SUAMI.
Ini TITIPAN sayang buat semua WANITA:
1. NIAT- Niat dari AWAL walaupun sebelum disahkan hamil iaitu ingin bersalin dengan disambut oleh doktor perempuan atau bidan wanita.
2. DOA – ISTIQOMAH dari remaja juga boleh. Doa moga Allah pelihara aurat dan maruah kita sekalipun dalam keadaan darurat khususnya kita wanita ketika saat kelahiran bayi.
3. AMALAN – Selarikan dengan niat dan doa. Pemeriksaan ibu mengandung, scan baby dan sebagainya WAJIB dilakukan dengan doktor perempuan dan bukan doktor lelaki. Malah jaga aurat dalam berpakaian juga selama mana bergelar muslimah. Apa sekalipun berusaha dengan kudrat kita.. Allah akan hitung tindakan kita.
4. YAKIN – Insyaallah… bilamana kita telah KUAT berusaha seperti di atas PASTInya DIA bantu kita, pelihara aurat dan maruah kita maruah suami.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.
Friday, 28 February 2014
doa mintak hujan
Berdoa agar bumi kita dilimpahi hujan rahmat kerana keadaan kemarau di Malaysia semakin membimbangkan ditambah lagi dengan kebakaran besar di awasan hutan Perak yang memburukkan lagi keadaan.
7 NAMA-NAMA LAIN BAGI MEKAH DLM AL-QURAN
===============================
Mekah al-Mukarammah merupakan kota tertua dunia dan tempat permulaan Islam. Allah SWT menyebut dalam Al Quran tentang Mekah. Terdapat tujuh nama lain Mekah dalam Al Quran.
1. Makkah, sebagaimana firman Allah SWT, “Dan Dialah yang mencegah tangan mereka dari (membinasakan) kamu dan mencegah tangan kamu dari (membinasakan) mereka di tengah kota Makkah. Setelah Allah memenangkan kamu atas mereka.”
-(Al-Fath [48]: 24).
-(Al-Fath [48]: 24).
2. Bakkah, Allah SWT berfirman, “Sesung¬guhnya rumah ibadah pertama yang dibangunkan untuk manusia ialah Baitullah di Bakkah, yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi seluruh alam.”
-(Ali Imran [3]: 96).
-(Ali Imran [3]: 96).
3. Umm Al-Qura, firman Allah SWT, “Dan ini (Al Quran) adalah kitab yang telah Kami turunkan yang diberkahi; membenarkan kitab-kitab yang (diturunkan) sebelumnya dan agar kamu memberi peringatan kepada (penduduk) Ummul Qura (Mekah) dan orang-orang yang di luar lingkungannya. Orang-orang yang beriman kepada adanya kehidupan akhirat tentu beriman kepadanya (Al Quran) dan mereka selalu memelihara sembahyangnya.” -(Al-An‘am [6]: 92).
4. Al-Balad, seperti firman Allah SWT, “Aku bersumpah dengan negeri ini (al-balad. Makkah) dan engkau (Muhammad) bertempat di negeri ini (al-balad. Makkah).” -(Al-Balad [90]: 1-2).
5. Al-Baldah, sebagaimana tersurat dalam firman Allah SWT, “Aku (Mu¬hammad) hanya diperintahkan menyembah Tuhan negeri ini (al-baldah, Makkah) yang telah Dia sucikan.”
-(Al-Naml [27]: 91).
-(Al-Naml [27]: 91).
6. Al-Balad Al-Amin, Allah SWT berfirman, “Demi buah Tin dan buah Zaitun, demi gunung Sinai, dan demi negeri yang aman ini (al-Balad al-Amin, Makkah).” -(Al-Tin [95]: 1-3).
7. Al-Balad Al Aminin, sebagaimana tersurat dalam firman Allah Swt, “Dan ingatlah ketika Ibrahim berdoa, “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri (Makkah) ini negeri yang aman (al-Balad al-Aminin).” -(Al-Baqarah [2]: 126).
Thursday, 27 February 2014
MELAYU BANGSA PELAUT YANG DIKAGUMI DALAM SEJARAH DUNIA
Sebenarnya laut dan orang-orang Melayu tidak boleh dipisahkan. Ia ibarat irama dan lagu, aur dengan tebing atau isi dengan kuku. Kehidupan orang-orang Melayu pada zaman dahulu adalah berkisar sekitar pantai,pohon kelapa,pasir pantai,perahu dan kapal.
Ini kerana orang-orang Melayu pada zaman dahulu adalah pengembara,pedagang dan ahli pelayaran. Siapa yang dicanangkan berjaya berlayar mengelilingi dunia?Ferdinand Magellan. Namun yang anehnya mengapa beliau mengambil seorang anak kapal berbangsa Melayu,Hitam atau nama Sepanyolnya Enrique?
Mengapa Columbus gagal mengelilingi dunia?Kerana tiada navigator yang benar-benar tahu akan lautan Hindi tempat sebenar yang hendak dituju beliau. Bangsa Melayulah penguasa laut timur atau dalam bahasa Yunaninya Eritrean seas, oleh itu jika mahu menguasai lautan timur maka kuasailah orang Melayu atau berbaik dengan mereka. Inilah yang dibuat oleh para pelayar Arab dan Parsi tetapi tidak diendahkan Columbus.
Selain dari bangsa Phoenicia,Norseman atau Viking,terdapat satu bangsa lain di dunia yang mempunyai intuisi dan 'sixth sense' semulajadi tentang laut yakni bangsa Naga Laut atau Melayu Nusantara. Sejak dari zaman Mesir Purba sehingga ke Sumeria,bangsa ini diketahui berlayar mengelilingi dunia,mengembara dan berdagang.
Magellan tahu perkara yang tidak diendahkan oleh Christopher Columbus ini. Dia tahu rahsia yang tidak diketahui oleh Columbus.Sebab itu apabila Columbus sampai ke Amerika,ahli pelayaran Sepanyol kelahiran Itali ini melompat-lompat bersorak,menyangka dia telah berjaya sampai ke India dan mengatakan orang-orang tempatan sebagai Red Indian. Inilah yang cuba dielakkan oleh Magellan,ahli pelayaran Sepanyol kelahiran Portugis.
Melayu adalah dikenali sebagai bangsa pelaut. Bagaimana budaya sebagai seorang pelaut, meredah lautan bergelora sebenarnya telah mewujudkan sebuah reformasi hebat dalam Tamadun Melayu itu sendiri. Untuk menjadi seorang pelaut, seseorang harus mampu membina kapal-kapal yang hebat, yang tidak akan ranap di tengah ombak gelora lautan.
Justeru, kajian demi kajian harus dilakukan bagaimana budaya “PELAUT” bangsa Melayu mampu memberi pengaruh kepada wilayah di sekitar ALAM MELAYU dan juga di luarnya? Mari bersama-sama saya menyelami sejarah TAMADUN AGUNG MELAYU.
Dalam buku Maritime Southeast Asia to 1500 tulisan Lynda Shaffler mengatakan bahawa tembikar-tembikar tanah liat adalah datang daripada budaya Melayu dan disebarkan oleh pelaut-pelaut Melayu ke kawasan sekitar Asia. Dalam menceritakan tentang ini, Lynda menyebut bahawa pelayar Melayu merupakan pelayar-pelayar yang mempunyai ilmu laut yang tinggi, berlayar merentasi lautan beribu-ribu batu tanpa bantuan kompas atau carta-carta bertulis. Pelayar-pelayar melayu menggunakan angin, bintang, warna air laut, rupa bentuk gelombang laut untuk mengetahui lokasi. Mereka boleh tahu kedudukan sebuah pulau walaupun mereka masih berjarak 30 batu dari pantainya hanya dengan melihat tabiat burung-burung tertentu, haiwan dan tumbuhan laut dan juga rupa bentuk gelombang pada permukaan laut.
Bahkan budaya PELAUT bangsa Melayu sebenarnya telah membantu dan mengajar orang Cina dalam bidang perlayaran. Lynda Shaffler dipetik berkata demikian dalam bukunya yang menceritakan seperti berikut:
“Orang Cina juga tahu penduduk pulau ini sebagai pembina dan kru kapal laut serta akan terlibat perdagangan laut. Orang Cina sebenarnya telah banyak belajar daripada mereka. Orang Melayu mula membina kapal yang diperbuat dari tikar anyaman yang diperkukuhkan dengan buluh, sekurang-kurangnya beberapa beratus-ratus tahun SM dan ketika masa Dinasti Han (206 SM hingga 221 SM), orang Cina telah menggunakan layar itu."
Lihat bagaimana budaya pelaut bangsa melayu mempengaruhi orang China. Tidak berhenti di situ, diceritakan juga bagaimana BUDAYA PELAUT BANGSA MELAYU ini membuatkan mereka mencipta sebuah teknologi yang melampaui zaman mereka.
Untuk menjadi seorang pelayar yang hebat, mesti mempunyai kapal yang hebat kelak bakat serta kemahiran yang ada hanyalah sia-sia. Sebagai contoh, Abu merupakan seorang rider sebuah motorsikal, dia sangat hebat berlumba namun sekiranya enjin motorsikalnya itu lemah, maka bakat Abu hanyalah sia-sia.
Justeru, apakah orang Melayu mempunyai kapal mereka sendiri? Saya membuat rujukan di internet, dan beberapa buah buku di luar sana dan saya mendapati bahawa sebenarnya orang Melayu mempunyai kemahiran tersendiri dalam membuat kapal, sebuah teknologi yang sangat canggih.
Pakar-pakar perkapalan Eropah misalnya telah menemui kapal-kapal Melayu dengan teknik pembuatan kapal 'sewn-plank and lashed-lug' di mana teknik ini hanya digunakan oleh orang Melayu sahaja ketika era Sriwijaya. Pakar arkeologi maritim, Pierre-Yves Manguin merasa amat terkejut ketika era Sriwijaya, pembina kapal Nusantara telah mencipta teknik pembuatan kapal yang amat maju, jauh dibandingkan dengan contoh-contoh tongkang China sezaman dengannya.
Bahkan menurut pendapat daripada
(http://
“Memandangkan tiada bukti kukuh yang dapat mengesahkan kewujudan kapal besar dari rantau lain, dapatlah disimpulkan bahawa bangsa Melayu adalah yang pertama sekali membina kapal besar (1,000 tan ke atas) bermula dari kurun pertama masehi. Pada kurun ketiga pula kapal 7 tiang yang boleh dianggarkan melebihi 2,000 tan muncul dari dunia Melayu.”
Pertembungan antara armada Portugis yang sedang dalam perjalanan menyerang Melaka dengan sebuah kapal dari Aceh telah dicatatkan oleh Gaspar Correia membuktikan bahawa budaya pelaut ini sebenarnya telah menimbulkan reformasi hebat dalam komuniti Melayu itu sendiri.
"Her sides were so high that no one dared board her from any of the Portuguese ships; naos,caravellas and gales and she remained unscathed by the Portuguese fire because she had four layers of sheathing and the largest Portuguese artillery could only penetrate two. At length the governor sent out his own nao the Flor de la Mar. Inspite of this the jong managed to fend of the Portuguese attacks for two days and two nights and only succumbed when the Portuguese succeeded in removing her rudders which she carried outside as on the barges of Ribatejo"
Bahkan budaya pelaut orang Melayu ini telah memberi kesan yang cukup besar kepada sebuah wilayah yang bernama Madagascar.
Diceritakan bahawa orang Melayu pernah sampai ke Madagascar dan menjadi rulling clas di sana sehingga hari ini. Dari keturunan mereka yang beranak pinak di sini, bangsa Malagasy yang kemiripan budaya mereka dan bahasa mereka sangat dekat dengan Bangsa Melayu di alam Melayu ini.
Sebagai contoh, bahasa Malagasy sedikit banyak memiliki persamaan dengan bahasa Melayu Indonesia dan Bahasa Jawa. Untuk bahasa Melayu, horita (gurita), tanjona (tanjung), varatra (barat), hihy (gigi), fify (pipi), molotra mulut dan sebagainya. Sementara untuk bahasa Jawa, misalnya untuk pengiraan seperti roa (loro,dua), telo (telu, tiga), fito (pitu, tujuh) dan seterusnya. Menurut sejarawan yang bernama OC Dahl, suku BANGSA MELAYU telah sampai ke Madagascar sejak tahun 686 SM. Di sinilah bangsa Melayu mendirikan sebuah kerajaan Merina yang terletak di tanah tinggi dan telah memerintah bangsa-bangsa pribumi di Madagascar.
Kesimpulannya, TAMADUN MELAYU merupakan sebuah tamadun agung yang harus dibanggakan oleh setiap anak muda bernama Melayu. Kalian harus berbangga dengan peninggalan nenek moyang kalian.
Inilah masa untuk anak Melayu ku kembali bangkit, jangan terus lena selepas 400 tahun kita dibuai mimpi indah sementara bangsa lain terus memahat nama dalam sejarah dunia.
Subscribe to:
Posts (Atom)




