Saturday, 26 May 2012

HUKUM MEMAKAI GELANG TANGAN BAGI LELAKI



Kejahilan dan kedangkalan untuk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikut – ikut dengan tindakan,penampilan cara hidup orang kafir.

Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan.Sebagai contoh mereka menciptakan alat yang dikatakan dapat mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, dan rantai.Bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.

Hakikatnya banyak cara lain yang boleh digunakan,tetapi kerana memakai gelang dan rantai itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim,maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t. apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.

Larangan memakai gelang tangan dan rantai walaupun untuk tujuan kesihatan,telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w Hadis Imran bin Hussein r.a,bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga,maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.

“Apakah bendanya ini?” Lelaki itu berkata: “Ia adalah gelang perubatan.” Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa faedah walaupun utk tujuan perubatan, buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda,maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya.” Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.

Pemakaian gelang pada hari ini,melibatkan ustaz2,pegawai2 kerajaan, menteri2 bahkan perdana menteri sekali pun…sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.

Di Malaysia trend ini bermula dimana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah.Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah dikenali atau sebarang kes hilang,kemalangan dsb.

Jenis2 gelang yang diharuskan:-

1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)

2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)

3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.

Sekiranya ada yang hendak pakai sangat,maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.

-awinda al habsyi-

Monday, 14 May 2012

Mengapa pelaut Malaysia bukan pilihan syarikat perkapalan Malaysia



  1. Kepentingan kewangan syarikat
  2. Pemohon di kalangan pelaut baharu, tiada sea time
  3. Pemohon tidak bersedia ketika syarikat memerlukan anak kapal untuk melapor dengan segera
  4. Tidak perlu membayar caruman KWSP untuk pelaut asing
  5. ‘Duit tambahan’
  6. Pelaut Malaysia tidak mahir bekerja
  7. Pelaut asing lebih mahir
  8. Pelaut asing lebih mahir dalam penyediaan laporan bertulis dan laporan lisan
  9. Pelaut masing amat mahir = bayaran tinggi
  10. Pelaut Malaysia tidak menyertai kesatuan sekerja. Majikan pijak kepala
Masa depan pelaut Malaysia tidak menentu dengan kebanjiran pelaut asing bekerja disyarikat perkapalan Malaysia

10 sebab di atas adalah rangkuman bagi tinjauan pendapat singkat di facebook. Adakah semua sebab di atas benar dan berasas?

  • Kapal Malaysia
  • Bendera Malaysia
  • Pelaut Malaysia

Biarkan kapal bendera Malaysia dianggotai oleh pelaut Malaysia. Utamakan Pelaut Malaysia!

Sasaran Pengambilan Kerja Pelaut Malaysia 2012-2020

2012 – minimum 2 orang kelasi warga Malaysia

2013 – minimum 3 orang kelasi warga Malaysia

2014 – minimum 4 orang kelasi warga Malaysia

2015 – minimum 5 orang kelasi warga Malaysia

2016 – minimum 6 orang kelasi warga Malaysia

2017 – minimum 7 0rang kelasi dan 1 pegawai warga Malaysia

2018 – minimum 8 orang kelasi dan 2 pegawai warga Malaysia

2019 – minimum 9 orang kelasi dan 3 pegawai warga Malaysia

2020 – minimum 10 orang kelasi dan 4 pegawai warga Malaysia


Apakah Kesannya Kepada Negara?

Dengan anggaran Malaysia memiliki 5000 kapal berdaftar;

2012 – 10,000 pelaung pekerjaan yang dapat mengisi sekurang-kurangnya 20,000 perut warga Malaysia

2013 – 15,000 peluang pekerjaan yang dapat mengisi sekurang-kurangnya 30,000 perut warga Malaysia

2014 – 20,000 peluang pekerjaan yang dapat mengisi sekurang-kurangnya 40,000 perut warga Malaysia

2015 – 25,000 peluang pekerjaan yang dapat mengisi sekurang-kurangnya 50,000 perut warga Malaysia

2016 – 30,000 peluang pekerjaan yang dapat mengisi sekurang-kurangnya 60,000 perut warga Malaysia

2017 – 40,000 peluang pekerjaan yang dapat mengisi sekurang-kurangnya 80,000 perut warga Malaysia

2018 – 50,000 peluang pekerjaan yang dapat mengisi sekurang-kurangnya 100,000 perut warga Malaysia

2019 – 60,000 peluang pekerjaan yang dapat mengisi sekurang-kurangnya 120,000 perut warga Malaysia

2020 – 70,000 peluang pekerjaan yang dapat mengisi sekurang-kurangnya 140,000 perut warga Malaysia

Ambil kira juga, berapa banyak wang negara yang dapat diselamatkan daripada mengalir keluar? Yang dibawa pulang ke negara asal oleh pelaut asing.

Berapa banyak sumbangan melalui pelbagai jenis cukai atas perbelanjaan oleh pelaut?

Kebanyakkan pelaut ini belayar di had pelayaran Near Coastal yang mewajibkan mereka turut membayar cukai pendapatan. Berapa banyak yang akan berjaya dikutip?

Ingin menjadikan Malaysia sebagai negara maritim (maritime nation) terulung?

Inilah antara langkah-langkah yang MESTI dijalankan. Pembangunan modal insan yang tidak boleh dibazirkan.

Ingatlah, beratus tahun dahulu, kitalah peneroka samudera yang berjaya. Malah, orang pertama yang dikatakan mengelilingi dunia adalah pelaut kita, Panglima Hitam!

Utamakan Pelaut Malaysia!




kredit :- perkapalanmalaysia.com

Ciri suami Awesome, mengikut Ustaz Azhar Idrus...

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang
taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)

#UstazAzharIdrus

Tuesday, 8 May 2012

Pelaut: JENIS JENIS KAPAL

Pelaut: JENIS JENIS KAPAL: MACAM DAN JENIS KAPAL KAPAL SERTA FUNGSI YG ADA DI DUNIA PELAYARAN 1. tanker, is a ship designed to transport liquids in bulk. Major...

Monday, 7 May 2012

TOP 10 TRAGEDI KAPAL LAUT TERBURUK DALAM SEJARAH:

Pelaut;TOP 10 TRAGEDI KAPAL LAUT TERBURUK DALAM SEJARAH: 10. Mary Rose -  400 Kematian Mary Rose adalah sebuah kapal perang Inggeris dan merupakan kapal perang pertama yang menggunakan me...

Friday, 4 May 2012

Kapal terawal MISC hadiah Jepun untuk Malaysia



Setelah syarikat perkapalan negara MISC ditubuhkan pada tahun 1968,
dengan nama asalnya "Malaysian International Shipping Corporation
Berhad (MISC)," kapal pertamanya diberi nama M.V. Bunga Raya,
mengambil sempena nama Bunga Kebangsaaan Malaysia. ("M. V." bermaksud
"Motor Vessel" atau "Kapal Berinjin").

Khabarnya nama kapal-kapal MISC diberi nama awalan "Bunga" selepas itu hasil dari idea Perdana Menteri kita yang pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Di antara kapal-kapal terawal kepunyaan MISC, dua buah daripadanya,
iaitu MV Bunga Orkid dan MV Bunga Tanjung mempunyai keistimewaan yang
tersendiri.

Ini ialah kerana dua buah kapal inilah yang diberikan oleh
kerajaan Jepun kepada kerajaan Malaysia, sebagai 'membayar hutang
darah' (blood debt), ekoran daripada perang yang dipaksakan ke atas
negara ini oleh tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua.

Walau pun tidak mungkin setimpal harga dua buah kapal itu dengan nilai
entah berapa puluh, malah ratus ribu nyawa rakyat negara ini yang
terdiri dari berbilang kaum, Melayu, China dan India, yang terkorban
akibat dari peperangan itu; namun itulah sahaja yang Jepun berikan.
Berbaloi atau tidak, tertebus atau tidak kesesengsaraan warga negara
ini memang boleh dibahaskan.


Namun dua kapal sebagai 'bayaran darah' turut kekal dalam lipatan
sejarah maritim negara ini, sebagaimana juga Perang Dunia Kedua kekal
dalam lipatan sejarah dunia.