Friday, 21 March 2014

Kepada yang berwajib sila ambil perhatian benar atau salah........ BABI BIRI-BIRI


PERHATIAN KEPADA UMAT ISLAM!!!
Bismillahirrahmanirrahim…
Mungkin ramai yang dah tau akan berita ni dan mungkin ada lagi yang belum mengetahui, maka ana panjangkan lah maklumat ini ke dalam blog ana untuk perkongsian umat islam di luar sana..Sharing is Jariah, right ??
Umat Islam sila ambil perhatian dan tindakan berkenaan isu babi biri-biri ini. Setiap dari kita perlu memainkan peranan, berpesan-pesan untuk kebenaran. Amat merisaukan ana cubaan dan dugaan di akhir zaman ini. Bila manusia semakin maju mengecapi kecanggihan teknologi maka semakin banyaklah ujian dan cabaran yang dihadapi.
Samalah juga dengan isu ini, apakah yang akan terjadi sekiranya banyak fabrik yang akan terhasil dari babi aneh ini. Bulunya benar-benar menyerupai kambing biri-biri. Memang amat sukar untuk membezakannya dengan mata kasar. Pihak berwajib khusunya JAKIM diharapkan membuat tindakan dan uji kaji ke atas perkara ini. Pemeriksaan perlu dijalankan dengan kadar segera. Kita tidak mahu sekiranya ada di antara pakaian mahupun barangan kegunaan umat islam terhasil dari sumber yang dilarang agama.
Perlu diingat, agenda pihak kuffar adalah untuk menyesatkan dan mempersendakan kesucian agama islam. Mereka selamanya tidak akan redha dengan penganut agama islam. Mereka tidak akan berhenti selagi kita tidak menuruti kehendak mereka. Awas semua umat islam !!
INFO BABI BIRI-BIRI : Mangalitsa (AS ejaan), Mangalitza (UK ejaan) atau Mangalica (ejaan Hungary asal) adalah nama bagi tiga baka babi dibiakkan terutamanya di Hungary dan Balkan yang dikenali juga sebagai babi kerinting rambut. Ia kepunyaan baka jenis lemak Eropah unimproved (serta Iberia Hitam dan babi Alentejana) yang berasal secara langsung dari populasi babi liar. Babi Mangalitsa adalah luar biasa kerana ia tumbuh berbulu 'bulu', yang serupa dengan kambing biri-biri. Baka babi lain yang diperhatikan untuk mempunyai lapisan yang panjang Kot Lincolnshire kini pupus Curly England. Mangalitsa adalah dahulunya dibesarkan sebagai babi lemak babi, dan binatang yang besar dan bulat. Disebabkan kejatuhan dalam permintaan untuk lemak babi, populariti baka telah menurun dan kini dianggap sebagai "rare breed".
Dagingnya amat menyerupai daging biri-biri sahaja. (Google)
AAP - Sebaiknya langkah awal pengcegahan, kawalan dan menanganinya perlu dibuat dan dipantau dengan kadar segera oleh pihak berkuasa. Agar kita semua khusunya orang islam tidak tertipu dengan daging Babi Mangalitsa ini kelak.

DOA NABI ZAKARIA



"Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau Waris Yang Paling Baik."

-- Surah Al-Anbiyaa Ayat 89 --

Amin. Semoga kita akan beroleh rezeki dariNya 

Ibu, bakal ibu jom kongsikan pengalaman & masalah anda disini ---> https://www.facebook.com/persatuanibuhamildanbakalhamil

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita



1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)
2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)
4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)
5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)
8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)
10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)
11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Thursday, 20 March 2014

Cara Mendidik Anak Menurut Islam



Pendahuluan


Menurut perspektif Islam, pendidikan kanak-kanak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran, Hadis dan pendapat serta pengalaman para ulama. Ia bertujuan melahirkan " Insan Rabbani" yang beriman, bertakwa dan beramal soleh.
Falsafah pendidikan sebenarnya menekankan aspek rohani dan jasmani, sesuai dengan kejadian manusia itu sendiri yaang terdiri daripada roh dan jasad. Ianya melibatkan beberapa peringkat, bermula dari dalam kandungan sehinggalah ia lahir dan menjadi dewasa.

Membentuk Dunia Kanak-kanak


 Sebelum anak-anak dilahirkan, ibubapa menyediakan tempat yang sesuai untuk membesarkan anak dengan sebaik-baiknya. Ini bermakna dunia kanak-kanak setelah dilahirkan ialah rumah ibubapa itu sendiri. Untuk mencapai kesempurnaan hidup kanak-kanak, ibu-bapa perlu membentuk suasana harmoni dan bercirikan keislaman dalam kehidupan rumahtangga terlebih dahulu.
Jika pasangan suami isteri menghayati nilai-nilai keislaman dalam kehidupan rumahtangganya, mudahlah ia mendidik anak-anaknya dengan benih-benih Islam. Sebaliknya, jika pasangan suami isteri gagal menerapkan nilai-nilai Islam dan mengekalkan kerukunan rumahtangga, sukarlah bagi mereka mentarbiyah anak-anak mengikut acuan dan budaya hidup Islam.
Atas itulah Rasulullah S.A.W mengingatkan bakal-bakal suami agar memilih bakal isteri yang mempunyai kesungguhan dan penghayataan agama, bukan kerana paras rupa, keturunan atau harta semata-mata. Sabda Rasulullah yang bermaksud:



" wanita dikahwini kerana empat perkara, iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama kerana ia menguntungkan kamu(lebih utama)"
Ketika Anak Dalam Kandungan


 Proses pendidikan mula berlaku ketika bayi masih berada dalam kandungan ibunya. Pendidikan pada peringkat ini lebih bercorak kerohanian, iaitu:
1) Bagi ibu-ibu yang mengandung digalakkan supaya memper-banyakkan bacaan Al-Quran terutama surah Yusuf, Mariam, Luqman dan At-Taubah.
2) Ibu hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar anak yang bakal dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yang soleh, berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.
3) Ibu bapa hendaklah mendapat rezeki daripada sumber yang halal supaya benih yang bakal dilahirkan itu nanti datang daripada darah daging yang halal.
4) Ibu hendaklah makan makanan yang berzat dan sentiasa menjaga kesihatan tubuh badannya. Kebersihan diri hendaklah diutamakan bagi menjamin kesihatan anak-anak dalam kandungan. Faktor kesihatan amat dititik beratkan oleh Islam sehingga Islam memberikan kelonggaran kepada ibu yang mengandung untuk berbuka puasa sekiranya merasakan puasa itu menjejaskan kesihatan diri dan anaknya.
5) Ketika mengandung, ibu perlulah menyesuaikan diri dengan perubahan perubahan yang berlaku kepada dirinya. Pada waktu begini sememangnya keadaan ibu agak berbeza dari waktu - waktu biasa, terutamanya bagi ibu yang bakal melahirkan anak yang pertama. Mungkin selera makannya hilang, perasaan agak terganggu(sensitif) dan hatinya boleh berdebar-debar kerana bayi dalam kandungannya itu adalah sebahagian daripada dirinya. Ketika ini para suami hendaklah lebih memahami keadaan isteri serta memberi dorongan yang kuat kepadanya

Setelah Anak Dilahirkan


 Setelah anak dilahirkan, hendaklah segera diazankan telinga kanannya dan diiqamatkan telinga kirinya.
Abu Rafi meriwayatkan sebuah hdis yang bermaksud:



" Aku melihat sendiri Rasulullah S.A.W mengazankan Hasan B. Ali pada telinganya ketika ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a"
(Riwayat Abu Daud dan Termizi)


Sebagai suapan yang pertama, sunat bayi disuapkan dengan manisan seperti madu dan kurma. Abu Musa Al Asyari r.a. dalam sebuah riwayat mengatakan:



"Isteriku melahirkan seorang anak. Bayi itu ku bawa kepada Rasulullah S.A.W.. Baginda menamakannya Ibrahim, kemudiannya disuap dengan buah kurma(yang telah dilumatkan) setelah itu baginda mendoakan keberkatan baginya lalu bayi itu diserahkan kembali kepadaku".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)



Pada hari ketujuh kelahirannya, ibu bapa disunatkan bersedekah dengan melakukan ibadah aqiqah untuk anaknya. Seekor kambing bagi anak perempuan dan dua ekor kambing bagi anak lelaki. Rambutnya pula sunat dicukur keseluruhannya supaya kepalanya bersih, otaknya cergas dan rambut barunya tumbuh dengan subur dan sihat.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:



"Setiap anak yang baru dilahirkan bergantung kepada aqiqahnya. Hendaklah diaqiqahkan dengan menyembelih kambing pada hari ke tujuh, diberi nama pada hari itu dan dicukur kepalanya".
( Riwayat Abu Daud, Termizi dan Nasa)



Bagi ibu yang menyusukan anak, ia perlu makan makanan yang halal, bersih, dan berzat. Ketika menyusukan anak, hatinya hendaklah selalu mendoakan kejayaan anaknya. Ketika hendak tidur, dodoikan (lagukan) dengan kalimah memuji Allah dan Rasulnya seperti nasyid dan sebagainya.
Apabila anak sudah mulai pandai bercakap, hendaklah membiasakannya dengan percakapan yang baik-baik seperti selawat, zikir dan lain-lain perkataan yang seumpamanya.

Peringkat Umur antara 5 hingga 7 tahun.


 Pada peringkat umur antara 5-7 tahun, memerlukan teknik pendidikan yang lebih luas dan menyeluruh. Pengisian antara keperluan rohani dan jasmani perlu didedahkan serentak dan diseimbangkan. Teknik pembelajaran dan pengajaran perlu menggunakan kaedah yang sesuai kerana kanak-kanak biasanya akan belajar(mengikut) berdasarkan pemerhatian iaitu apa yang dilakukan oleh individu disekelilingnya terutama ahli keluarganya.
Menurut pandangan Islam, pada peringkat ini anak-anak wajar didedahkan dengan latihan menulis, membaca, mengira dan berbahasa. Pendidikan yang wajar didedahkan pada peringkat ini ialah bab ibadah dan akhlak. Misalnya kanak-kanak yang baru meningkat umur mumayyiz hendaklah dilatih mendirikan sembahyang. Seterusnya adab-adab yang mulia hendaklah mula diterapkan dalam bentuk latihan amali seperti:
1) Mendidik anak supaya taat dan beradab kepada kedua ibubapanya; timbulkan kesedaran kepada mereka bahawa pengorbanan ibubapa terhadapnya adalah amat besar dan mereka perlu bersyukur kerana menjadi anak yang masih mempunyai kedua ibubapa. Ini dapat mengeratkan hubungan mesra, rasa kasih sayang antara ahli keluarga.
2) Mengajar anak supaya taat dan beradab kepada guru dan orang yang lebih tua daripadanya; guru merupakan orang yang bertanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu manakala orang yang lebih tua adalah orang yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan daripadanya.
3) Mengajar anak bercakap atau bergaul dengan baik; anak-anak hendaklah dilatih bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan perkataan yaang baik-baik. Kanak-kanak biasanya begitu sensitif dengan pendengarannya, ia mudah terikut-ikut dengan apa yang didengarnya. Sebab itu jika ibubapa mahu menegur atau memarahi mereka, hendaklah menggunakan bahasa yang paling sopan bukannya dengan bahasa yang kesat, kasar dan keras.
4) Mengajar anak-anak adab bergaul dengan rakan-rakan; anak-anak harus dinasihatkan agar tidak berbangga atau meninggi diri di hadapan rakan sebayanya, jangan sekali-kali menyakiti atau mengambil hak orang lain .
5) Mengajar anak adab makan minum yang baik; sifat atau sikap yang tidak sopan seperti gelojoh ketika makan hendaklah ditegah, sebaliknya anak-anak dilatih dulu dengan adab-adab makan seperti mencuci tangan, duduk dengan sopan serta berdoa sebelum dan sesudah makan.
6) Mengajar anak adab berpakaian; pakaian yang dipilih hendaklah menutup aurat dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
7) Mengajar adab dan bangun daripada tidur; sebaiknya hendaklah mengadap qiblat, membersihkan diri sebelum dan selepas bangun daripada tidur.
8) Mengajar anak adab masuk dan keluar tandas, anak-anak perlu diajar cara membuang air kecil/besar dan cara masuk ke dalam tandas seperti membaca doa, menutup kepala,membelakangkan qiblat dan sebagainya.

Kesimpulan

 Anak-anak merupakan amanah Allah yang perlu dididik dengan sebaiknya sejak ia kecil lagi supaya apabila besar kelak menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat kepada kedua ibubapanya. Mereka ibarat kain putih dan ibubapa lah yang berperanan mencorak dan melukiskannya dengan warna-warna menarik yang menjadi amalan dan cara hidup Islam.

Doa dan amalan untuk memperolehi zuriat



Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.
Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.
Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.
Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.
Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:

1.
Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.
2.
Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.
3.
Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.
4.
Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.
5.
Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.

*
Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatanSurah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hatiSurah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.
Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat
Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.
Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.
Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.
Amalan pertama.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
Amalan kedua.

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

HUKUM GABUNG PUASA QADHA DAN PUASA ENAM SYAWAL



Persoalan pertama berkaitan niat puasa ganti Ramadan yang tertinggal adakah mendapat pahala puasa sunat Syawal.
Persoalan ini terdapat khilaf (perbezaan pandangan) di kalangan ulama.
Pendapat pertama: Sebahagian ulama berpendapat, tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan niat puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain. Sekiranya dilakukan, maka puasa itu tidak sah, sama ada bagi yang fardhu ataupun yang sunat. Pendapat ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ صَامَ الدَّهْر
Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun”. (HR Muslim)
Bagi memenuhi maksud hadis ini, dalam usaha memperolehi pahala yang dijanjikan iaitu pahala berpuasa setahun, maka hendaklah seseorang itu menyempurnakan puasa Ramadan (yang merupakan puasa wajib) kemudian ditambah dengan puasa enam hari di bulan Syawal (yang merupakan puasa sunat). [Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid –www.islamqa.com]
Pendapat kedua: Di kalangan ulama Syafie ada yang berpendapat bahawa ganjaran puasa enam Syawal tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun dia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya. Namun, pahala yang diperolehi itu adalah kurang berbanding seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Fatawa al-Azhar 9/261]
Setelah diteliti, dapat disimpulkan bahawa pendapat kedua iaitu pandangan ulama yang membolehkan ‘puasa dua dalam satu’ ini tidak disandarkan kepada mana-mana nas Al-Quran ataupun Al-Sunnah yang sahih. Mereka juga mengatakan bahawa amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha pada bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus mengerjakan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid)
Timbul persoalan, yang manakah yang lebih afdal untuk dilakukan bagi memperoleh pahala kedua-duanya; mendahulukan puasa sunat enam hari dalam Syawal atau mengqadhakan puasa Ramadan? Dalam persoalan ini terdapat dua pendapat.
Pendapat pertama: Boleh mendahulukan puasa sunat Syawal, berdasarkan hadis Aishah RA yang menyatakan bahawa:
( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إلَّا فِي شَعْبَانَ. قال يحيى:الشغل من النبي أو بالنبي )
Maksudnya: “Aku berpuasa di bulan Ramadan dan aku tidak mengqadha kecuali dalam bulan Syaaban”. Kerana sibuk melayani Rasulullah SAW.” (HR Bukhari:1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah SAW” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Said.)
Para ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah bahawa sudah tentu isteri Rasulullah SAW iaitu Aishah RA tidak meninggalkan puasa sunat enam Syawal. Tindakannya yang mengqadhakan puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan bahawa adalah dibolehkan untuk berpuasa sunat Syawal meskipun seseorang itu belum mengqadhakan puasa Ramadan.
Pendapat kedua: Tidak boleh mendahulukannya, berdasarkan hadis yang menyatakan kelebihan puasa sunat Syawal tadi. Rasulullah SAW mensyaratkan puasa Ramadan terlebih dahulu sebelum mengiringinya dengan puasa enam Syawal bagi mendapatkan ganjaran pahala yang dijanjikan.
“Jika seseorang tertinggal beberapa hari dalam Ramadan, dia harus berpuasa terlebih dahulu, lalu baru boleh melanjutkannya dengan enam hari puasa Syawal, kerana dia tidak boleh melanjutkan puasa Ramadan dengan enam hari puasa Syawal, kecuali dia telah menyempurnakan Ramadannya terlebih dahulu.” [Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuth wal Ifta', 10/392]
Sekiranya diteliti dan dihalusi, maka pendapat kedua adalah lebih rajih (kuat) kerana ia bertepatan dengan dalil puasa sunat Syawal itu sendiri. Selain itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan daripada memberi sedekah yang sunat.
Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan kerana keuzuran untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam, tetapi dia berkeyakinan bahawa akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama tadi boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aishah RA.
Manakala berkaitan hari-hari yang tertentu pula, dinyatakan bahawa:
“Hari-hari ini (berpuasa dalam bulan Syawal) tidak harus dilakukan langsung setelah Ramadan. Boleh melakukannya satu hari atau lebih setelah hari raya, dan mereka boleh melakukannya secara berurutan atau terpisah selama bulan Syawal, mana-mana yang lebih mudah bagi seseorang. … dan ini (hukumnya) tidaklah wajib, melainkan sunnah.”[Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuth wal Ifta', 10/391]
Imam An-Nawawi RH berkata:
“Sahabat-sahabat kami berkata: Adalah dianjurkan untuk berpuasa 6 hari Syawal. Dari hadis ini mereka berkata: Sunnah mustahabah melakukannya secara berurutan pada awal-awal Syawal, tapi jika seseorang memisahkannya atau menunda pelaksanaannya hingga akhir Syawal, ini juga dibolehkan, kerana ia masih berada pada makna umum dari hadis tersebut. Kami tidak berbeza pendapat mengenai masalah ini dan inilah juga pendapat Ahmad dan Abu Daud.” [Al-Majmu' Syarh Al-Muhazzab]
Adalah dianjurkan untuk menyegerakan dan berlumba-lumba dalam melakukan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah Taala:
وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amalan yang baik untuk mendapat) ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.” [Surah Ali Imran:133]
Wallahu a’lam.

Hukum bernazar dalam Islam


Nazar hanya sah apabila ia diucapkan dengan lisan. Hal ini menjadi kaedah am dalam hukum dan amalan. Sebagaimana hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam:
إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى تَجَاوَزَ عَنْ أُمَّتِي مَا وَسْوَسَتْ بِهِ صُدُورُهَا مَا لم تعْمل بِهِ أَو تَتَكَلَّم
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah mengampuni umatku apa yang dibisikkan dalam hati selama mana ia tidak dilaksanakan atau diucapkan” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Tidak ada lafaz yang khusus buat nazar. Cukup dengan lafaz yang menunjukkan ke arah melazimkan diri dengan sesuatu.


Contohnya: “Wajib atas saya untuk melakukan / tidak melakukan sekian sekian” atau “Saya berjanji dengan Allah untuk sekian sekian”; walaupun tidak disebut perkataan nazar itu sendiri.
Harus diingat, sebahagian ulama termasuk Syeikh Ibnu Uthaimin rahimahullah melihat bahawa hukum nazar adalah makruh bahkan Syeikhul Islam Ibnu Taimiah cenderung ke arah pengharamannya. Ini berdasarkan hadis Ibnu Omar bahawa Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda:

لا تَنْذُرُوا فَإِنَّ النَّذْرَ لَا يُغْنِي مِنَ الْقَدَرِ شَيْئًا وَإِنَّمَا يُسْتَخْرَجُ بِهِ من الْبَخِيل
“Janganlah kalian bernazar; sesungguhnya ia tidak bisa mempengaruhi takdir; ia hanya dilakukan oleh orang yang bakhil” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ini hukum nazar secara am. Adapun kalau seseorang itu sudahpun bernazar, maka wajib untuknya melaksakannya selama mana ia adalah suatu yang baik atau harus. Sebagaimana sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam:

مَنْ نَذَرَ أَنْ يُطِيعَ اللَّهَ فَلْيُطِعْهُ وَمَنْ نَذَرَ أَنْ يَعْصِيَهُ فَلا يَعْصِهِ
“Barangsiapa bernazar untuk taat kepada Allah maka hendaklah dia taat; dan barangsiapa bernazar untuk kemaksiatan maka janganlah ia melakukannya” (Riwayat Bukhari).
Adapun nazar maksiat, cukup dengan dia tidak menunaikan nazar itu kerana ia maksiat. Tidak ada kafarah yang wajib ke atasnya. Selain itu, bagi mereka yang melanggar nazar atau ingin menebus nazarnya, kafarah nazar adalah:
1. Memberi makan kepada sepuluh orang miskin; atau 2. Memberi pakaian kepada sepuluh orang miskin; atau 3. Memerdekakan seorang hamba.
Sebagaimana yang disebut dalam Surah Al-Maa’idah, ayat 89.

(Rujukan Syarah Al-Mumti’ oleh Syeikh Ibnu Uthaimin)
Ustaz Idris bin Sulaiman Pegawai di Pejabat Kedutaan Arab Saudi

Thursday, 13 March 2014

APA YG TERJADI PADA TUBUH KITA SETELAH DIKUBURKAN...?


Sesungguhnya mayat di dlm kubur akan melalui beberapa fasa perubahan..
Berikut ini adalah fasa tersebut secara ringkas sejak malam pertama di alam kubur sehingga 25 tahun berikutnya..
Malam Pertama ~
Setelah dikuburkan, pembusukan bermula pada bhgn perut & kemaluan..
Subhanallah, perut & kemaluan adalah 2 hal terpenting yg anak cucu Adam saling bergulat & menjaganya di dunia..
Setelah itu, jasad akan mula berubah menjadi hijau kehitaman..
Setelah berbagai solekan & alat2 kecantikan semasa hayat di dunia, setelah meninggal dunia, manusia hanya akan memiliki 1 warna shj..
Malam Kedua ~
Anggota2 tubuh yg lain seperti limpa, hati & paru2 akan mula membusuk..
Hari Ketiga ~
Anggota2 tubuh mula mengeluarkan bau yg busuk..
Setelah Seminggu ~
Wajah & mata mula membengkak..
Setelah 10 hari ~
Tetap terjadi pembusukan pada pada anggota2 tubuh..
Setelah 2 Minggu ~
Rambut mulai gugur..
Lalat hijau mulai mencium bau busuk dari jarak 5 km & ulat2 pun mula menutupi seluruh tubuh..
Setelah 6 Bulan ~
Semua anggota telah tiada..
Yg tinggal cuma tulang rangka shj..
Setelah 25 Tahun ~
Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji & di dlm biji tersebut, anda akan menemukan 1 tulang yg sgt kecil yg dipanggil ‘Ajbudz Dzanab’ (tulang ekor)..
Dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh ALLAH SWT pada hari kiamat..
Sahabat2 yg dirahmati ALLAH, inilah tubuh yg selama ini kita jaga..
Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kpd ALLAH dgn nya..
Oleh kerana itu, jgn biarkan umur & jasad kita dlm keadaan sia2..
Janji ALLAH adalah benar..
Ya ALLAH, tetapkanlah hati kami di atas agama-MU..
Ya ALLAH, jadikanlah kuburan kami sebagai 1 taman dari taman2 syurga & jangan jadikan ianya sebagai 1 lubang dari lubang2 api neraka...
Aamiin... 
Aku berdoa..
Ya اَللّهُ :
 Muliakanlah diriku dan org yang menghantar pesanan ini
 Lapangkanlah hatiku dan hatinya
 Bahagiakanlah keluargaku dan keluarganya, dan
 Luaskanlah rezekiku dan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan
 Mudahkan segala urusanku dan urusannya
 Kabulkanlah cita-citaku & cita-citanya
 Jauhkan kami dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar
 Jauhkan kami dari segala Musibah
 Serta terimalah. semua amal ibadah ku dan amal ibadahnya, dan
 Kelak jadikanlah diriku dan diri dia sebagai penghuni Surga-MU.
آمِّيْنَ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن
📝Kirim kepada semua orang dalam contact. Kita akan saling mendoakan antara satu sama lain, dan mudah²an doa kita dikabulkan. آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن

Friday, 7 March 2014

NYAMUK TENTERA ALLAH


“Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri.” (Surah al-Muddatsir: 31)
Suatu ketika Kota Babylon (kini Iraq) yang diperintah Raja Namrud megah dengan ketinggian tamadunnya. Namun masyarakat purba itu begitu naif dalam beragama. Sekian lama mereka menjadikan patung-patung sebagai Tuhan.
Di saat Namrud dan orang-orang Babylon tenggelam dalam kesyirikan, Allah mengutuskan Nabi Ibrahim Al-Khalil bagi menyeru mereka kembali menyembah Tuhan yang Esa.Malangnya dakwah Nabi Ibrahim disambut kata-kata nista dan digelar orang gila.
Namrud bukan sahaja ingkar malah sanggup mengerah rakyatnya menyalakan unggun api unruk membakar Nabi Ibrahim. Baginda dlikat pada manjanik (lastik besar) lalu dilontar-kan ke dalam api yang sedang marak.
Bagaimanapun Allah menyelamatkan pesuruh-Nya itu dengan memerintahkan api agar tidak menyambar tubuh baginda. Namun kejadian itu langsung tidak menginsafkan Namrud. (Surah Al-Anbiya: 69-70)
Namrud yang mempunyai ratusan bala tentera mencabar Nabi Ibrahim dengan penuh angkuh.
"Sekiranya Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah mereka supaya berperang dengan aku," kata-nya kepada Nabi Ibrahim.
Justeru Nabi Ibrahim bermunajat memohon bantuan Allah. Sampailah satu kerika, Namrud dan tenteranya berkumpul di padang yang luas, Allah memerintahkan nyamuk agar menyerang mereka.
Tentera Namrud ketakutan apabila ruang angkasa berubah menjadi gelap. Jutaan nyamuk menuju ke arah mereka dengan dengungan yang membingitkan.
Tentera Namrud kebingungan. Mereka bertempiaran cuba menyelamatkan diri. Namun seorang demi seorang rebah menyembah bumi menjadi 'ratahan' nyamuk yang rakus menghisap darah.
Namun Allah menunda kematian Namrud agar dia dapat menyaksikan sendiri kehancuran tenteranya kerana berani mencabar Tuhan. Namrud dibiarkan pulang ke mahligainya dalam keadaan penuh terseksa akibat gigitan nyamuk di seluruh tubuhnya.
Selama tiga hari nyamuk menghurung pekarangan mahligai Namrud. Bagaimanapun selama tempoh itu ternyata dia tetap enggan bertaubat. Lantas serangga kecil itu menyelinap masuk ke lubang hidung serta seluruh rongga raja yang angkuh itu. Dia menggelupur dan menjerit menanggung kesakitan yang amat sangat. Beberapa ketika kemudian Namrud menemui ajalnya.

PESAN/PETUA IMAM SYAFIE UNTUK LELAKI


Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih
Empat perkara merosakan mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama
CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
Doa, zikir, itulah kekuatan seorang muslim
Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal.

ADAB MINUM RASULULLAH


Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.
Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.
Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.
Minuman Manis dan Sejuk
Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: “Di antara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk”
Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabi (rendaman buah tamar).
Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut “Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk”
Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul di dalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.
Ringkasan adab minum :
1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah ” Bismillah”
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas ke dalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ke tempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tiada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
9. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain, Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.

ANGIN DARI KEMALUAN WANITA



Keadaan bibir pada kemaluan wanita lazimnya bertemu antara satu sama lain dan keadaan ini menghalang udara daripada masuk ke dalam faraj. 

Tetapi ketika hubungan seks, pergerakan alat kelamin suami boleh menyebabkan udara terkumpul di dalam saluran faraj isteri

Udara ini perlu dikeluarkan kerana secara lazimnya tiada udara berada di dalam saluran faraj.

Kedua-dua dinding faraj bertemu dan menutup jalan, menghalang kemasukan barang asing, udara dan air ke dalam faraj, seterusnya ke dalam rahim dan ke dalam perut.

Oleh itu, “kentut faraj" ini berlaku apabila kumpulan udara ini dikeluarkan daripada faraj yang boleh berlaku ketika atau pun setelah melakukan hubungan seks bersama suami

Perkara ini lazim berlaku dan tidak sepatutnya merisaukan wanita, walaupun ramai wanita merasa malu dan rendah diri.

Diharapkan setelah mengetahui sebab dan keadaan berlakunya kentut faraj ini, suami tidak lagi mempunyai sangkaan buruk dan isteri tidak lagi berasa malu dan rendah diri....In Shaa Allah.

Angin dalam faraj adalah udara sekeliling yang masuk ke dalam faraj.

Keadaan ini lazim berlaku apabila seseorang wanita sudah menopaus selain ketika atau selepas melakukan seks.

Setelah melahirkan anak, faraj akan mengembang dan akan menjadi lebih teruk apabila menopaus, kekenduran tisu pada faraj dan bibir di permukaan faraj berlaku kerana hormone kewanitan (estrogen dan progesterone) sudah tidak lagi dikeluarkan oleh kedua kilang ovari.

Ini akan menyebabkan bibir di permukaan faraj renggang dan udara dapat memasuki ke dalam faraj terutamanya dalam posisi menonggeng/sujud.

Keadaan ini boleh diatasi dengan melakukan senaman bagi menguatkan otot-otot yang terdapat pada pelvis (senaman kemutan)

Oleh kerana angin itu adalah udara di sekeliling, jadi tidak berbau, walaupun kadang-kadang berbunyi macam “kentut”.

Manakala kentut pula, adalah gas yang terhasil daripada proses pencernaan makanan di dalam usus manusia.

Lazimnya kentut berbau busuk disebabkan oleh gas seperti sulphur.

Untuk mengurangkan masalah kentut yang terlalu kerap, elakkan makanan yang mengandungi protein yang tinggi seperti kekacang, makanan hasil daripada tenusu, daging serta minuman bergas (carbonated drinks).

Jika angin yang keluar daripada faraj itu berbau busuk, masalah ini perlu dirujuk kepada doktor kerana ini menunjukkan terdapat saluran (fistula) yang menyambung antara usus dan faraj.

Terdapat juga kemungkinan jangkitan kuman pada faraj yang memerlukan rawatan antibiotik.

Apakah angin yang keluar daripada faraj membatalkan wuduk?

Di dalam sepotong Hadis, Nabi S.A.W. bersabda maksudnya:

“Apabila seseorang kamu mendapati sesuatu di dalam perutnya, maka dia berasa ragu adakah telah keluar sesuatu daripadanya atau tidak?

Janganlah dia keluar (iaitu keluar untuk mengambil wuduk) sehingga dia mendengar suara atau terhidu bau.”

(Riwayat Muslim)

Berdasarkan Hadis ini, fuqaha' Mazhab Syafi’i dan Hanbali berpendapat angin yang keluar daripada salah satu daripada dua jalan, iaitu qubul dan dubur membatalkan wuduk.

Manakala fuqaha' Mazhab Hanafi dan Maliki berpendapat tidak batal kerana keluar angin pada qubul bukanlah daripada perkara yang biasa dan tidak ada dalil yang jelas menunjukkan membatalkan wuduk.

Oleh kerana tiada dalil yang jelas maka mereka berpegang kepada kaedah fiqhiyyah “asal sesuatu perkara itu kekal kecuali ada yang merubahnya”.

Kalau kita teliti huraian yang diberikan di atas mengenai angin daripada faraj dan angin daripada dubur, jelas kedua-duanya ada perbezaan.

Angin daripada faraj adalah udara yang berligar di sekitarnya, sedangkan angin daripada dubur adalah yang keluar daripada dalam usus.

Dan Hadis di atas adalah merujuk kepada angin yang keluar daripada dalam usus dan Nabi S.A.W. menyebut

“Apabila seseorang kamu mendapati sesuatu di dalam perutnya,…”

Justeru itu, adalah lebih baik untuk kita cenderung kepada pendapat fuqaha' Mazhab Hanafi dan Maliki.

Wallahu A’lam.

CARA JIN MASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA.



Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian mana pun juga. 

Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah:

Ertinya, "Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala".
( Ar- Rahman: 15 )

Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.

Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia.

Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang
yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya.

Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa mereka berada di otak manusia.

TANDA-TANDA KERASUKAN MAKHLUK HALUS...



TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR

1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.

2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.

3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.

4. Mimpi yang sangat menyeramkan.

5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kucing, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.

6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.

7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.

8. Berperasaan sedih pada saat tidur.

9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.

10. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.

11. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.

12. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.

13. Bermimpi melihat hantu.

TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA

1. Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.

2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.

3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.

4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya

Syarat-Syarat Orang yang menyembelih



1. Hendaklah beragama Islam atau Ahli Kitab (Kitabiyah).
2. Baligh; tidak sah jika kanak-kanak.
3. berakal; tidak sah jika orang gila
4. Tidak dalam ihram haji atau umrah
5. Dengan sengaja membaca Basmalah.

Binatang Yang Disembelih

1. Binatang yang halal dimakan
2. binatang itu masih hidup
3. Mati dengan sekali sembelihan
4. wajib putus urat pernafasan (urat merih) dan urat tempat lalu makanan (halkum).

Wajib memutuskan dengan sempurna urat HALKUM dan urat MARIH. 
(Halkum ialah tempat salur nafas pernafasan dan marih pula tempat salur makan dan minum.)

Mazhab Syafi’e berpendapat hanya diwajibkan untuk memutuskan dua jenis urat iaitu urat halkum dan urat marih sahaja. 
Namun sunat hukumnya memutuskan 2 urat (salur) darah yang berada di kanan dan kiri leher binatang yang disembelih bagi mempercepatkan kematian.

Syarat Sah Sembelihan
1. Sembelihan dilakukan dengan niat menyembelih
2. Sembelihan dilakukan kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain seperti untuk disembah kepada jembalang dan sebagainya.
3. Putus urat halkum (saluran penafasan) dan urat marih (saluran marih)
4. Binatang tersebut halal dimakan dan masih hidup
5. Binatang tersebut mati dengan sekali sembelihan
6. Disembelih oleh orang Islam
7. Menggunakan alat yang tajam selain daripada kuku, gigi dan tulang
8. Binatang itu mati disembelih bukan kerana yang lain seperti mati terkejut atau terjatuh dalam perigi ketika disembelih. 

Berpandukan kepada video di atas, adalah AMAT2 MERAGUKAN syarat2 diatas telah dipenuhi

Wallahu A'lam

KENAPA YAHUDI GALI DI BAWAH MASJID AL-AQSA?



Pihak Israel sedang menggali di bawah Masjidil Al-Aqsa. 

Mereka mengakui secara terbuka niat mereka untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa untuk membangkitkan semula “Temple of Solomon” iaitu Kuil Sulaiman.

Pakar arkeologi dan ahli kaji sejarah mengetahui bahawa runtuhan “Kuil Sulaiman” terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa. 

Kita tidak tahu berapa dalam penggalian tersebut, namun kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara ini berlaku. 

Ini memerlukan perhatian dunia Islam. 

Saudara Islam seluruh dunia harus tahu apa yang berlaku dan kesan pengalian ini. 

Ini satu kebenaran yang mengejutkan.

Kubah emas bukanlah Masjidil Al-Aqsa tetapi adalah Masjid Batu Bergantung “Dome Of The Rock"

Setiap kali Masjidil Aqsa diucapkan di media, mereka akan menunjukkan Masjid ” Dome of the Rock” sebagai Masjidil Al-Aqsa. 

Sehingga orang ramai tidak mengetahui yang mana satu Masjidil Al-Aqsa yang sebenarnya.

Ini merupakan cara Zionis mengabui mata umat Islam sejagat

Mungkin sehinggakan Masjidil Al-Aqsa dihancurkan, umat Islam tidak mengetahui akan kehancurannya. 

Menjadi kewajipan umat Islam untuk tahu yang mana satu masjidil Al-Aqsa yang sebenarnya.

Kenapa pencerobohan harus dilakukan kepada Masjidil Al-Aqsa? 

Adakah disebabkan nilai tanahnya atau lain-lain sebab musabab yang dikehendaki oleh Yahudi?

Untuk mengetahui jawapannya kita perlu ketahui "Rahsia Yang Tertanam Di Bawah Masjidil A-Aqsa"

Berbalik kepada sejarah silam kisah Nabi Sulaiman AS atau Raja Sulaiman yang bertanggungjawab membina apa yang dikenali sebagai "Kuil Sulaiman”, Nabi Sulaiman AS berbeza dari Nabi-nabi yang lain kerana baginda di beri Allah SWT kelebihan menguasai umat manusia dan bangsa jin.

Nabi Sulaiman a.s. ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat Allah SWT iaitu: keyakinan dan ibadah hanya kepada Allah Yg Esa sahaja. 

Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman a.s di mana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme (ilmu ghaib). 

Baginda memerintahkan pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. 

Amalan ini berkaitan dengan jin dan syaitan.

Dalam Islam kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. 

Al-Quran mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia tidak boleh berhubung kait walaupun hidup di dimensi yang sama dengan manusia, tetapi tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain. 

Jin tidak dapat dilihat, mereka boleh melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. 

Tidak wujudnya seperti Jin “baik” atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang oleh Allah SWT.

Jadi arahan Nabi Sulaiman AS supaya mereka membawa semua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya, dan kemudian baginda kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini dimana baginda fikirkan paling selamat iaitu tidak akan ada sesiapa yang boleh mendapatkan atau mencurinya.

Baginda menanamkan buku-buku ajaran sihir itu di bawah tapak kuil tersebut. 

Baginda melantik beberapa orang kesatria yang di kenali sebagai “Knights of the temple of Solomon” (Knight Templar) untuk menjaga kuil Sulaiman itu siang dan malam.

Kesatria melakukan tugasan yang diberikan pada awalnya. 

Selepas Nabi Sulaiman a.s wafat, The Knights menemui apa yang terdapat di bawak kuil itu. 

Mereka menyedari akan kepentingan perkara ini, rahsia amalan sihir berada di hujung jari mereka. 

Mereka mencuri dan mula berlatih. 

Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan. 

Mereka benar-benar jauh dari agama Nabi Sulaiman a.s dan Allah SWT dan mula tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. 

Kerana ritual yang mereka jalankan, mereka dengan segera menjadi orang yang berpengaruh dan terkaya di negara itu.

Ahli okultisme menegaskan bahawa syaitan memberi penghargaan kepada pengikutnya dengan kekayaan duniawi. 

Mereka boleh membuat apa sahaja seperti memberi dan menerima rasuah, maksiat, kerosakan di muka bumi dan banyak lagi yang menyimpang dari ajaran Islam sebenar 

Mereka juga percaya bahawa syaitan meyakinkan mereka, melalui para imam dan pendeta tinggi, bahawa ‘kuasa’ itu adalah Allah yang nyata.

Selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah dan Kesatria Templar menggelarkan mereka sebagai “Free Mason”. 

Dengan kekuatan yang terkumpul, mereka pantas menyebarkan pengetahuan ini di seluruh dunia melalui kumpulan-kumpulan rahsia.

Semua ini dilakukan dengan satu tujuan iaitu mengikut kehendak tuhan syaitan dan sebagai langkah untuk menyambut kedatangan Dajjal bermata satu yang mewakili syaitan di bumi. 

Simbol mereka adalah piramid dan di atasnya terdapat “all seeing eye” yang bermata satu. 

Perlu diketahui bahawa orang Mesir kuno juga mempunyai tuhan yang bermata satu dikenali sebagai Mata Ra dan Mata Osiris. 

Ingat bahawa ilmu hitam adalah diajar dari orang-orang kafir dari Mesir kuno (zaman Nabi Musa a.s.)

Jadi jika freemason sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan “harta rahsia” ini, mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa? 

Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan tuhan mereka iaitu “Dajjal”.

Apa Yang Islam Dan Nabi Muhammad SAW Memperingati Kita Tentang Kedatangan Dajjal?

1. Dalam Islam kita tahu Dajjal adalah Nabi palsu. Dajjal akan meniru seperti nabi sejati dalam segala hal. 

Nabi yang sebenar adalah Nabi Isa AS yang akan datang semula untuk memerintah dunia dari Jerusalem. 

Jadi disitulah Dajjal akan tiba di atas tanah suci, Jerusalam.

2. Kami diberitahu bahawa Dajjal akan hidup di bumi selama 40 hari (satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu, dan selebihnya seperti hari biasa) 

Satu tahun adalah sama dengan 1000 tahun manusia. 

Ini membuktikan bahawa ia adalah jin yang kuat, seperti jin boleh hidup selama ribuan tahun.

3. Semua Nabi-nabi memperingatkan kaum mereka tentang Nabi palsu ini.

4. Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu kedatangan Dajjal dan memperingatkan kita untuk mengetahui bahawa Allah SWT tidak “bermata satu”. 

Dajjal juga akan mempunyai perkataan kafir di dahinya. 

Nabi Muhammad SAW juga memberi amaran, bahawa setiap Muslim setelah mendengar “kedatangan” Dajjal perlu memaling muka daripada memandang wajah Dajjal. 

Dan membelakangkan dan terus berjalan menjauhkan diri darinya. 

Tidak melihat ke arahnya, atau berjalan ke arahnya. 

Jangan ingin tahu dan Nabi SAW memberi amaran bahawa orang yang terkuat imannya akan diuji dan mudah boleh jatuh korban fitnah Dajjal, kerana Dajjal adalah “Master of Deception” (Raja Penipu)

Zionis pernah menyebut bahawa kawasan diantara sungai Nil dan Furat sebagaimana adanya “tanah yang dijanjikan”. 

Mereka harus membina kuil asal untuk menyambut kedatangan Dajjal.

Jadi Di Mana Tapak Kuil Sion Yang Asal?

Bukti arkeologi dan sejarah membuktikan bahawa runtuhan kuil asal Sion adalah di bawah Kuil Sulaiman. 

Ini sebabnya mengapa yahudi/zionist ingin menghancurkan Masjidil Al-Aqsa supaya mereka dapat membangunkan semula kuil dibawah Masjidil Al-Aqsa.

Perkara ini menjelaskan mengapa Kerajaan AS begitu baik dengan Israel. 

Mereka mempunyai tujuan yang sama, dan kepercayaan bersama. 

Mereka bekerja untuk sebuah kekuatan yang jauh lebih besar, dan jauh lebih jahat dan penuh dengan penipuan. 

Inilah sebabnya mengapa dasar luar negeri AS adalah pro-Israel, bahkan mereka mengetepikan rakyat mereka sendiri. 

Inilah sebabnya mengapa mereka membiarkan Palestin diserang berkali-kali. 

Mereka memang berniat untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa.

Dan inilah sebabnya mengapa mereka menggambarkan orang-orang Arab dan Muslim sebagai pengganas. 

Mereka ingin menghasut dan mengubah dunia supaya melawan dan membenci orang Islam, kerana faktanya adalah, orang-orang yang akan terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa adalah orang-orang Muslim. 

Muslim memahami pentingnya Masjidil Al-Aqsa, ia adalah kiblat pertama umat Islam. 

Oleh kerana itu orang-orang Muslim adalah musuh dajjal dan Amerika adalah murid-murid Dajjal.

Salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal adalah runtuhnya Masjidil Al-Aqsa sebagaimana yang sedang berlaku sekarang

Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari kejahatan Dajjal dan pengikutnya. 

Semoga cahaya Islam bersinar terang dari sebelumnya. dan ketahuilah, tanda kedatangan Dajjal dan akhir zaman adalah kehancuran Masjidil Al-Aqsa.