Friday, 28 February 2014

doa mintak hujan

Berdoa agar bumi kita dilimpahi hujan rahmat kerana keadaan kemarau di Malaysia semakin membimbangkan ditambah lagi dengan kebakaran besar di awasan hutan Perak yang memburukkan lagi keadaan.

7 NAMA-NAMA LAIN BAGI MEKAH DLM AL-QURAN


===============================
Mekah al-Mukarammah merupakan kota tertua dunia dan tempat permulaan Islam. Allah SWT menyebut dalam Al Quran tentang Mekah. Terdapat tujuh nama lain Mekah dalam Al Quran.
1. Makkah, sebagaimana firman Allah SWT, “Dan Dialah yang mencegah tangan mereka dari (membinasakan) kamu dan mencegah tangan kamu dari (membinasakan) mereka di tengah kota Makkah. Setelah Allah memenangkan kamu atas mereka.”
-(Al-Fath [48]: 24).
2. Bakkah, Allah SWT berfirman, “Sesung¬guhnya rumah ibadah pertama yang dibangunkan untuk manusia ialah Baitullah di Bakkah, yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi seluruh alam.”
-(Ali Imran [3]: 96).
3. Umm Al-Qura, firman Allah SWT, “Dan ini (Al Quran) adalah kitab yang telah Kami turunkan yang diberkahi; membenarkan kitab-kitab yang (diturunkan) sebelumnya dan agar kamu memberi peringatan kepada (penduduk) Ummul Qura (Mekah) dan orang-orang yang di luar lingkungannya. Orang-orang yang beriman kepada adanya kehidupan akhirat tentu beriman kepadanya (Al Quran) dan mereka selalu memelihara sembahyangnya.” -(Al-An‘am [6]: 92).
4. Al-Balad, seperti firman Allah SWT, “Aku bersumpah dengan negeri ini (al-balad. Makkah) dan engkau (Muhammad) bertempat di negeri ini (al-balad. Makkah).” -(Al-Balad [90]: 1-2).
5. Al-Baldah, sebagaimana tersurat dalam firman Allah SWT, “Aku (Mu¬hammad) hanya diperintahkan menyembah Tuhan negeri ini (al-baldah, Makkah) yang telah Dia sucikan.”
-(Al-Naml [27]: 91).
6. Al-Balad Al-Amin, Allah SWT berfirman, “Demi buah Tin dan buah Zaitun, demi gunung Sinai, dan demi negeri yang aman ini (al-Balad al-Amin, Makkah).” -(Al-Tin [95]: 1-3).
7. Al-Balad Al Aminin, sebagaimana tersurat dalam firman Allah Swt, “Dan ingatlah ketika Ibrahim berdoa, “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri (Makkah) ini negeri yang aman (al-Balad al-Aminin).” -(Al-Baqarah [2]: 126).

Thursday, 27 February 2014

MELAYU BANGSA PELAUT YANG DIKAGUMI DALAM SEJARAH DUNIA



Sebenarnya laut dan orang-orang Melayu tidak boleh dipisahkan. Ia ibarat irama dan lagu, aur dengan tebing atau isi dengan kuku. Kehidupan orang-orang Melayu pada zaman dahulu adalah berkisar sekitar pantai,pohon kelapa,pasir pantai,perahu dan kapal. 

Ini kerana orang-orang Melayu pada zaman dahulu adalah pengembara,pedagang dan ahli pelayaran. Siapa yang dicanangkan berjaya berlayar mengelilingi dunia?Ferdinand Magellan. Namun yang anehnya mengapa beliau mengambil seorang anak kapal berbangsa Melayu,Hitam atau nama Sepanyolnya Enrique?

Mengapa Columbus gagal mengelilingi dunia?Kerana tiada navigator yang benar-benar tahu akan lautan Hindi tempat sebenar yang hendak dituju beliau. Bangsa Melayulah penguasa laut timur atau dalam bahasa Yunaninya Eritrean seas, oleh itu jika mahu menguasai lautan timur maka kuasailah orang Melayu atau berbaik dengan mereka. Inilah yang dibuat oleh para pelayar Arab dan Parsi tetapi tidak diendahkan Columbus.

Selain dari bangsa Phoenicia,Norseman atau Viking,terdapat satu bangsa lain di dunia yang mempunyai intuisi dan 'sixth sense' semulajadi tentang laut yakni bangsa Naga Laut atau Melayu Nusantara. Sejak dari zaman Mesir Purba sehingga ke Sumeria,bangsa ini diketahui berlayar mengelilingi dunia,mengembara dan berdagang.

Magellan tahu perkara yang tidak diendahkan oleh Christopher Columbus ini. Dia tahu rahsia yang tidak diketahui oleh Columbus.Sebab itu apabila Columbus sampai ke Amerika,ahli pelayaran Sepanyol kelahiran Itali ini melompat-lompat bersorak,menyangka dia telah berjaya sampai ke India dan mengatakan orang-orang tempatan sebagai Red Indian. Inilah yang cuba dielakkan oleh Magellan,ahli pelayaran Sepanyol kelahiran Portugis.

Melayu adalah dikenali sebagai bangsa pelaut. Bagaimana budaya sebagai seorang pelaut, meredah lautan bergelora sebenarnya telah mewujudkan sebuah reformasi hebat dalam Tamadun Melayu itu sendiri. Untuk menjadi seorang pelaut, seseorang harus mampu membina kapal-kapal yang hebat, yang tidak akan ranap di tengah ombak gelora lautan.

Justeru, kajian demi kajian harus dilakukan bagaimana budaya “PELAUT” bangsa Melayu mampu memberi pengaruh kepada wilayah di sekitar ALAM MELAYU dan juga di luarnya? Mari bersama-sama saya menyelami sejarah TAMADUN AGUNG MELAYU.

Dalam buku Maritime Southeast Asia to 1500 tulisan Lynda Shaffler mengatakan bahawa tembikar-tembikar tanah liat adalah datang daripada budaya Melayu dan disebarkan oleh pelaut-pelaut Melayu ke kawasan sekitar Asia. Dalam menceritakan tentang ini, Lynda menyebut bahawa pelayar Melayu merupakan pelayar-pelayar yang mempunyai ilmu laut yang tinggi, berlayar merentasi lautan beribu-ribu batu tanpa bantuan kompas atau carta-carta bertulis. Pelayar-pelayar melayu menggunakan angin, bintang, warna air laut, rupa bentuk gelombang laut untuk mengetahui lokasi. Mereka boleh tahu kedudukan sebuah pulau walaupun mereka masih berjarak 30 batu dari pantainya hanya dengan melihat tabiat burung-burung tertentu, haiwan dan tumbuhan laut dan juga rupa bentuk gelombang pada permukaan laut.

Bahkan budaya PELAUT bangsa Melayu sebenarnya telah membantu dan mengajar orang Cina dalam bidang perlayaran. Lynda Shaffler dipetik berkata demikian dalam bukunya yang menceritakan seperti berikut:

“Orang Cina juga tahu penduduk pulau ini sebagai pembina dan kru kapal laut serta akan terlibat perdagangan laut. Orang Cina sebenarnya telah banyak belajar daripada mereka. Orang Melayu mula membina kapal yang diperbuat dari tikar anyaman yang diperkukuhkan dengan buluh, sekurang-kurangnya beberapa beratus-ratus tahun SM dan ketika masa Dinasti Han (206 SM hingga 221 SM), orang Cina telah menggunakan layar itu."

Lihat bagaimana budaya pelaut bangsa melayu mempengaruhi orang China. Tidak berhenti di situ, diceritakan juga bagaimana BUDAYA PELAUT BANGSA MELAYU ini membuatkan mereka mencipta sebuah teknologi yang melampaui zaman mereka.

Untuk menjadi seorang pelayar yang hebat, mesti mempunyai kapal yang hebat kelak bakat serta kemahiran yang ada hanyalah sia-sia. Sebagai contoh, Abu merupakan seorang rider sebuah motorsikal, dia sangat hebat berlumba namun sekiranya enjin motorsikalnya itu lemah, maka bakat Abu hanyalah sia-sia.

Justeru, apakah orang Melayu mempunyai kapal mereka sendiri? Saya membuat rujukan di internet, dan beberapa buah buku di luar sana dan saya mendapati bahawa sebenarnya orang Melayu mempunyai kemahiran tersendiri dalam membuat kapal, sebuah teknologi yang sangat canggih.

Pakar-pakar perkapalan Eropah misalnya telah menemui kapal-kapal Melayu dengan teknik pembuatan kapal 'sewn-plank and lashed-lug' di mana teknik ini hanya digunakan oleh orang Melayu sahaja ketika era Sriwijaya. Pakar arkeologi maritim, Pierre-Yves Manguin merasa amat terkejut ketika era Sriwijaya, pembina kapal Nusantara telah mencipta teknik pembuatan kapal yang amat maju, jauh dibandingkan dengan contoh-contoh tongkang China sezaman dengannya.

Bahkan menurut pendapat daripada
(http://depts.washington.edu/silkroad/texts/weilue/appendices.html) diceritakan bahawa seperti berikut:

“Memandangkan tiada bukti kukuh yang dapat mengesahkan kewujudan kapal besar dari rantau lain, dapatlah disimpulkan bahawa bangsa Melayu adalah yang pertama sekali membina kapal besar (1,000 tan ke atas) bermula dari kurun pertama masehi. Pada kurun ketiga pula kapal 7 tiang yang boleh dianggarkan melebihi 2,000 tan muncul dari dunia Melayu.”

Pertembungan antara armada Portugis yang sedang dalam perjalanan menyerang Melaka dengan sebuah kapal dari Aceh telah dicatatkan oleh Gaspar Correia membuktikan bahawa budaya pelaut ini sebenarnya telah menimbulkan reformasi hebat dalam komuniti Melayu itu sendiri.

"Her sides were so high that no one dared board her from any of the Portuguese ships; naos,caravellas and gales and she remained unscathed by the Portuguese fire because she had four layers of sheathing and the largest Portuguese artillery could only penetrate two. At length the governor sent out his own nao the Flor de la Mar. Inspite of this the jong managed to fend of the Portuguese attacks for two days and two nights and only succumbed when the Portuguese succeeded in removing her rudders which she carried outside as on the barges of Ribatejo"

Bahkan budaya pelaut orang Melayu ini telah memberi kesan yang cukup besar kepada sebuah wilayah yang bernama Madagascar.

Diceritakan bahawa orang Melayu pernah sampai ke Madagascar dan menjadi rulling clas di sana sehingga hari ini. Dari keturunan mereka yang beranak pinak di sini, bangsa Malagasy yang kemiripan budaya mereka dan bahasa mereka sangat dekat dengan Bangsa Melayu di alam Melayu ini.

Sebagai contoh, bahasa Malagasy sedikit banyak memiliki persamaan dengan bahasa Melayu Indonesia dan Bahasa Jawa. Untuk bahasa Melayu, horita (gurita), tanjona (tanjung), varatra (barat), hihy (gigi), fify (pipi), molotra mulut dan sebagainya. Sementara untuk bahasa Jawa, misalnya untuk pengiraan seperti roa (loro,dua), telo (telu, tiga), fito (pitu, tujuh) dan seterusnya. Menurut sejarawan yang bernama OC Dahl, suku BANGSA MELAYU telah sampai ke Madagascar sejak tahun 686 SM. Di sinilah bangsa Melayu mendirikan sebuah kerajaan Merina yang terletak di tanah tinggi dan telah memerintah bangsa-bangsa pribumi di Madagascar.

Kesimpulannya, TAMADUN MELAYU merupakan sebuah tamadun agung yang harus dibanggakan oleh setiap anak muda bernama Melayu. Kalian harus berbangga dengan peninggalan nenek moyang kalian.

Inilah masa untuk anak Melayu ku kembali bangkit, jangan terus lena selepas 400 tahun kita dibuai mimpi indah sementara bangsa lain terus memahat nama dalam sejarah dunia. 

Tuesday, 25 February 2014

BAB MANDI=======








Mandi wajib ataupun mandi junub disebut juga mandi hadas besar adalah mandi yang perlu dilakukan oleh seseorang Muslim untuk membersihkan dirinya drpd hadas besar dan melibatkan perbuatan mandi dgn membasahi seluruh anggota badan.

There are a few factors when you NEED to "mandi" : 

~Bertemu dua khitan atau bersetubuh 
(masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).
~Keluar mani smada sikit atau banyak, samada sengaja atau tidak sengaja (termasuk Wet dream)
~Mati melainkan mati syahid.
~Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
~Wiladah atau melahirkan anak.
~Keluar haid bagi perempuan.

“Jika datang haid, maka tinggalkan solat. Dan jika telah habis, maka mandi dan Solatlah” 
-(HR. Al Bukhari no. 320, Muslim no. 333, Abu Daud no. 279, At Tirmizi no. 125 dan An Nasa’i I/186)”
Nifas iaitu darah yang keluar dari faraj wanita ketika melahirkan anak (Wiladah)

~Masuk Islam orang yang sebelumnya kafir.

Dari Qais bin Ashim, ia menceritakan bahawa ketika ia masuk Islam, Nabi SAW menyuruhnya mandi dengan air dan bidara 
(HR. At Tirmidzi no. 602 dan Abu Dawud no. 351, disahihkan oleh Syeikh Albani dalam Irwaa’ul Ghalil no. 128)

The way to "mandi" 

LONG CERITA,

~Bersihkan tubuh dan hilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan semasa mandi hadas selepas ini.
~Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.
~Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak mjadi masalah, yg paling penting ialah air dpt sampai ke semua bhgian anggota badan.
~Niat dahulu sebelum mandi (Lihat niat pada gambar attachment). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.
~Sunat memulakan mandian disebelah kanan diikuti sebelah kiri.
~Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.
~Gosot atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.
~Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.

IN SHORT STORY, 

~Wash away the dirt on your body
~Perform ablution (wudhu) (optional, it's just sunat) 
~Make sure you are in a position where water can reach your body entirely
~Recite your niat/dua scroll above
~Bath from your right first thn your left 
~Make sure you wipe/bath from your hair, head, ears, nose, eyes, mouth, hands, armpits,fingers, nails, body, belly button, private parts, your legs, and your toe nails. Basically, everything. 

And you are done! 

Taraaa
-------------------------------

-Thank You Allah-

=Please "S H A R E" - Kalau Rasa ini bermanfaat=
|Like|Share|Support|Invite Friends to Like this Page|@www.facebook.com/TENANGJIWAKU

Ketika kamu dilahirkan...



1- Ketika kamu dilahirkan, kamu diazan tanpa Solat,
Ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa azan.
2- Ketika kamu dilahirkan kamu tidak mengetahui siapa yang mengeluarkan kamu,
Ketika kamu mati kamu tidak tahu siapa yang akan mengusung kamu.
3- Ketika kamu dilahirkan, kamu dibersih dan dimandikan,
Ketika kamu mati, kamu dimandikan dan dibersihkan serta disolatkan.
4- Ketika kamu dilahirkan, kedua ibu bapa dan keluarga kamu bergembira,
Ketika kamu mati, kedua ibu bapa dan keluarga kamu menangis ke atas kamu.
5- Adam dan keturunannya dijadikan daripada tanah,Maha Suci Allah yang telah menjadikan kamu, bakal memasukkan kamu kedalam tanah setelah mati

6-Ketika dalam perut ibu, kamu berada dalam kegelapan dan kesempitan,
Ketika kamu mati , kamu juga berada dalam kegelapan dan kesempitan.
7-Ketika kamu dilahirkan, kamu dibaluti kain supaya melindungi tubuhmu,
Ketika kamu mati, kamu juga dibaluti dengan kain untuk melindungi tubuhmu.
8-Ketika kamu dilahirkan dan setelah dewasa, kamu diperhati dan melakukan kemahiran,
Ketika kamu mati, Kamu tidak akan ditanya melainkan amalan soleh… Apakah bekalan kamu yang telah kamu sediakan…..?
"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.